Aku
tahu, tak ada bersangkut-paut pun antara rezeki dengan plat kereta ni. Macam
kau percaya nombor plat kereta yang kemalangan tu mampu membawa tuah kalau kau
tikam nombor. Itu tahyul! Tak betul!
Pagi
masa nak pergi kerja, masa tengah drive tu habis semua kereta (dan pemandunya)
aku maki. Aku jadi macam cepat marah dan piss off semua benda masa tu.
Drive
slow kat lane laju, tengok plat; Pahang.
Makan
jalan orang pastu dah masuk lane baru reti nak bagi signal, tengok plat; Johor.
Keluar
simpang melulu tak tengok kiri-kanan, tengok plat; Penang.
Masa
nak cari parking, habis tiga kotak parking dia rembat, tengok plat; Terengganu.
Haih,
geramnya aku!
Tapi
siapa sangka kemarahan aku tu akan diredakan oleh sesuatu dari kurniaan Tuhan?
Satu
hari suntuk aku asyik dapat sesuatu yang aku tak jangkakan. Masa tengah breakfast
kat mapley, makan-minum aku tu dibayar oleh seseorang. Bukan makan benda mahal
pun, takat megi goreng dengan segelas teh o' ais, bukan aku takleh nak bayar
pun! Tapi mungkin niat orang tu nak bersedekah, nak pula bulan Ramadhan lagi
beberapa hari nak tiba, jadi aku ucapkan jela 'terima kasih' walaupun tak tahu
siapa yang bayar bil aku tu. Dah habis makan, aku pun masuk kerja.
Semasa
kerja, agak pelik la sebab selalunya orang tak ramai yang lalu-lalang kat
tingkat dua bangunan kompleks tu, melainkan kalau hari cuti umum atau cuti
sekolah. Tapi dalam kesunyian tu, datang seorang perempuan yang membeli buku di
kedai. Banyak dia beli. Lepas perempuan tu setel je bayar, datang lagi sorang
perempuan, pun beli banyak jugak. Total semua sales mencecah RM300 pada
tengahari tu. Jarang sekali kejadian macam ni berlaku pada hari biasa tapi ia
terjadi pada hari ini! Bila dah petang, kau jangan nak tanya la berapa sale aku
untuk haritu. Memang banyak. Boleh beli tudung Fareeda dua helai, you!
Mungkin
ini rezeki aku. Aku senyum je.
Bila
difikirkan semula, ni semua pasal aku jarang ingat kat Tuhan kot, lebih-lebih
lagi bila time marah. Mungkin inilah caranya Tuhan mahu tunjukkan yang Dia
selalu ada dekat dengan aku. Mungkin Tuhan nak aku terus bersyukur ke
hadrat-Nya dan jangan pernah lupa kepada-Nya, sebab itulah dia turunkan rezeki dan
ke-happy-an dalam bentuk macam ni. Harus bersangka baik walaupun buruk macamana
sekali pun apa yang kita hadapi tu.
Masa
nak balik, sampai je kat tempat aku parking kereta pagi tadi, tengok-tengok
kereta aku kena double-park. Usha cermin depan, takde pulak namecard ke apa-apa
untuk aku contact pemilik kereta tu. Pandang kiri-kanan-depan-belakang, takde
siapa pun yang macam kisah dengan aku. Tanya abang kedai burger tu, kot-kot dia
tau siapa pemilik kereta tu, dia angkat bahu sebab dia baru je sampai dan baru
bukak kedai.
Sejam
kemudian, seorang perempuan gedik sampai dengan langkah kaki yang macam nak
terpeletok pasal pakai kasut high heel tinggi sangat. Tu la… tak reti pakai
high heel, jangan pakai. Tengok aku, snickers buruk ni jela aku mampu sarung
pun.
"Eh,
lama ke tunggu? Sorry la. Pegi karok tadi..." kata perempuan gedik tu
sambil picit butang unlock. Cit-cut! bunyinya.
Karok?
Kau double park kereta aku, kau kata kau pergi karok?! Kat belakang Mydin tu
banyak parking kosong, kau nak gak double park kereta aku?! #^%*&!
Tu
semua sekadar dalam hati, yang aku buat cuma senyum dan jawab, “Heh, takpe.”
Hmm…
double park kereta orang, tengok plat; Melaka.
Aku
harap Tuhan ampunkanlah dosa-dosa aku maki-hamun semua orang harini. Ada
hikmahnya ni... aku yakin.