Saturday, April 14, 2012

Lepak & Shisha - Twitter Love

Malam tadi, aku lepak dengan kawan-kawan eksotik aku sampai lewat pagi. Kenapa eksotik? Sebab diorang ni ada kepelikan diorang tersendiri. Pelik tu yang aku lagi suka. Malam tu, banyak cerita dan gosip yang diceritakan. Sampai rumah, aku simpan cerita tu semua elok-elok dalam kotak ingatan aku. Tidur sampai aku terjaga nanti.

Aku bangun je, terus check timeline Twitter. Banyak betul update dan mention yang aku dapat. Kemain bising BlackBerry aku ni. *scroll timeline* *scroll timeline* GOTCHA! Mamu sent twitpic! It's trolling time! Tergelak aku sensorang dengan taik mata penuh kat mata ni. Dua orang kawan kami bertemu cinta secara senyap. Dengan teknologi, maka terbentuklah satu lagi perhubungan yang merapatkan hubungan dari kawan menjadi cinta. Awww~ sweet!

Troll disambung dan meleret sehingga entah ke mana halatujunya. Dan akhirnya, senyap. Penat membahan dan sebagai penutup topik, kami tweet #WIN dengan bangganya.

Kemudian, aku berbaring semula. Aku tersenyum seorang diri. Sambil memandang siling dan kipas yang sedang berpusing. Fikiran aku menerawang jauh empat bulan lepas. Aku dan si dia juga pernah kena begitu. Diusik oleh kawan-kawannya yang ketika itu aku masih tidak mengenali mereka. Kan orang-orang tua dah bagitau, apa yang kita cakap itu adalah doa. Seperti doa yang dimakbulkan tuhan, kami akhirnya bersama setelah sebulan di-troll. Kan dah kata... korang ni memang dengar cakap orang-orang tua yek.

"Cinta adalah pemburu. Memburu sesiapa saja yang disukainya. Tembakannya adakala tepat dan adakalanya melencong jauh. Yang pasti, ia akan tetap memburu dan akan membunuh jika perlu. Setiap daripada kita tak akan terlepas daripada diburu. Aku, kamu, dia dan semua orang adalah mangsa. Kita adalah haiwan buruan." 
28 Hari: Jurnal Rock N Roll
Mohd Jayzuan 

Cinta ni satu benda yang pelik. Mula kata tak, dan akhirnya ia terjadi. Ada juga yang menipu katakan cinta, padahal? Hanya mahu menjaga hati dan berlagak jujur setia semata-mata. Kecut untuk berterus-terang. Dan bila dah kantoi, kita dipersalahkan dan pesalah pula bebas sambil menjaja cerita bagaikan baby yang tak berdosa. Babi lah! 


Sebenarnya, tak kisah dari mana kita menemui cinta. Di laman sosial, di kedai buku, di kiosk madu, atau di mapley sekalipun. Semua itu datang bersebab. Pandai kita jaga, moleklah segala perhubungan yang dibina. 


Sedang aku terleka sendiri, aku tergelak sensorang lagi. Gila... macam tak percaya. Tapi aku happy. At least bukan aku dan dia je yang bercinta. Ada lagi dua makhluk yang berkongsi kasih dalam geng kami. Dah macam sitkom kat TV, macam movie kat cinema. Gila.... gila.... 


Terus aku cari wallet aku dalam beg. Bukak wallet dan keluarkan sekeping gambar. Rindu lak kat mamat botak ni.... aih! 

No comments:

This is Hani