Sunday, April 01, 2012

Dialog Monolog - The Hangover Day

Ahad. Satu April. Jangan nak buat lawak April Fool sangat la. April Fool is too mainstream. Penat sangat hari ni sebab hari yang sebelumnya yang terlalu busy, lepak dengan kawan-kawan yang totally happening. Lebih best dari kawan-kawan kau yang dah unfollow aku dari Twitter tu. Hah, pedulikan mereka tu. Kami yang dah terpinggir dari kumpulan tu dah ada aktiviti paling best dengan kawan masing-masing pun.

First time aku nampak Ewan untuk sesi tahun 2012 ni. Dia nampak lebih bersemangat. Nampak lebih kemas. Nampak lebih positif. Mungkin disebabkan kerja dia sekarang yang membuatkan dia lebih teratur? Mungkin jugak influence dari band berlagak nak mampus tu dah hilang dari dia? Mungkin jela. Dan pada hari itu juga, event yang ada live band yang pertama aku layan untuk tahun ni gak. He's getting better with his attitude in music. Bangga.

Semalam jugak, hari invasi. Maksud aku, buku King tajuk Invasi tu dah start masuk bookstore. Tahniah jugak kat King sebab menulis cerita yang best untuk kami, pembaca Fixi atau mungkin macam yang Anwar tweet dulu; UltrasBukuFixi. Aku dapat idea macam nak buat T-shirt untuk ultras tu la. Hmm... better nanti jela.

Semalam, kami lepak sampai lewat malam. Penat, tapi masih nak lepak. Lepas ni, kerja masuk lagi dan lagi. Dan ketika ni je kami boleh lepak lama. Macam-macam cerita keluar. Bertukar-tukar topik. Kelakar, seram, tak logik, lucah, kartun.. semua ada. Asal dapat gelak jela cukup. And tukar-tukar pengalaman.

******

Itu hal semalam. Hari ni? Semua tak larat. Aku masih tak mau lepaskan selimut dan bantal busuk, tapi aku cuma capai handphone. Check timeline. Ya... semuanya sama. Hangover. Aku bangun, tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, dan akhirnya bangun semula. Sebab...

Adib: Sayang~ jom tengok bender.
Hani: Ok, jom! Dua episod terakhir.
Adib: :) 
Hani: Tapi tunggu hani on lappy sat. 

Aku terus selup tangan aku bawah katil, amek laptop aku letak atas meja. On switch and aku duduk depan laptop tak buat apa-apa. Teruk sangat hangover ni. Sampai aku lupa nak power on laptop aku. Patut la gelap je skrin laptop ni. Bengong. Aku pun tunggu sampai semua dah ready. Windows dah stand-by, external hard-disk pun dah ready. Dua episod terakhir Futurama untuk season 6 tu pun dah masukkan dalam playlist. Speaker plug-in. Halakan skrin ke arah katil....

Hani: Jom sayang.
Adib: Play sama2.

.... dan aku bersandar kat dinding. Pakai spek. Layan kartun Futurama tu sambil peluk bantal busuk, berbungkus dalam selimut. Ada je yang funny mesti YM dengan Adib. Share apa yang funny, best, comel. Macam tu la kitorang dari mula sampai habis season kartun tu.

Adib: Saya keluar makan kat mapley tau. 
Hani: Okay. Hani pun nak kena mandi ni. 
Hani: Take care! 
Adib: Okay sayang :* 

Settle je conversation tu, aku terus masukkan kartun Spongebob Squarepant first season ke dalam playlist. Play at random. Peluk bantal busuk. Baring balik kat katil. Heaven dapat tidur lagi. Dan ketika tu, tak ada sesiapa yang kacau.....

No comments:

This is Hani