Monday, April 16, 2012

Dialog Monolog - Si Kucing Bubu (Part 2)

Setelah beberapa bulan aku dengan tuan aku yang baru ni, aku rasa aku selamat sangat. Oh, nama tuan aku Ira. Tak tau la betul atau tak, selalu aku dengar kawan-kawannya memanggil dia Ira. Ira... comel. Kena dengan senyumannya. Nasib aku ni kucing. Kalau aku manusia, aku nak couple dengan Ira tu.

Satu hari, Ira pulang dari entah-dari-mana. Duduk di atas sofa dan terus menekup mukanya dengan tangan. Aku dengar esak tangis yang aku tak pernah dengar dan lihat sebelum ni. Mana Ira yang tersenyum riang dan ketawa selalu itu? Kena culik ke? Lalu aku duduk di depan kaki Ira. Dan aku pun mengiau.

"Bubu lapar ye? Sorry, kita balik rumah je macam ni. Mesti awak pelik kan?" Lalu Ira mengelap air matanya dengan tisu yang diambil dari dalam beg tangannya. "Jom kita bagi awak makan dulu. Kita pun nak kena mandi. Kita busyuk la.. macam awak tau Bubu, hehe." 

Ira terus mengangkat aku ke dapur untuk memberi aku makan. Dia menggaulkan biskut Whiskas dengan makanan basah dari jenama yang sama. Ira bagi la apa saja, aku tetap akan makan. Kalau Ira masak sayur kangkung goreng sekalipun aku mesti makan. Setelah mangkuk makanan ku diletakkan ke atas lantai, Ira terus mengusap kepalaku sebelum berlalu pergi masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya. Dan aku... terus mengunyah dan mengunyah lagi sampai isi dalam mangkuk makanan itu lincin.

*** 

Malam itu, Ira memasang kartun Futurama musim pertama secara maraton bermula dari episod 5. Aku diangkat untuk turut berbaring sama di sebelah Ira. Aku diusap manja di kepala, badan ku juga diurut oleh Ira. Dan tiba-tiba, Ira bersuara...

"Awak mesti tak kenal Zed kan? Zed boyfriend kita. Awak tak kenal dia pun takpe. Tapi kalau awak kenal dia, kita nak awak cakar-cakar muka dia!"

Ira tergelak kecil sambil menggerak-gerakkan tangannya seperti mencakar sesuatu. Haih comel betul tengok muka dia marah. Ira menyambung lagi patah katanya tadi.

"Tadi Zed mintak putus. Kita tak tau apa salah kita. Tetiba je dia hina kita. Kata kita ni macam-macam. Kita sedih..."

Aku mula terdengar esakan halus Ira. Dia menghembus hingusnya menggunakan tisu yang telah disediakan di atas meja di tepi sofa. Aku terus memandang Ira. Hidungnya merah. Matanya juga merah dan sembam.

"Kita dah cakap.. kita dah pujuk dia. Dia tetap nak putus dengan kita. Dia kata kita tak sesuai untuk dia. Kita ni tak macam pompuan yang dia nak. Kita dengan dia dah lama tau, Bubu. Kenapa sekarang jadi camni? Kenapa dia hina kita macam tu?"

Esakan halus menjadi kuat, dan akhirnya menjadi satu lolongan panjang. Ira menarik tisu sebanyak mungkin. Airmata yang mengalir dilap sehingga kering dan kemudian ia mengalir lagi. Aku semahunya ingin menyeka air mata Ira dari gugur jatuh dari kolam jernih itu. Tapi aku hanyalah si kucing Bubu. Nanti tuan ku fikir aku mahu mencakar mukanya pulak!

"Tadi kita nangis teruk gila tau Bubu. Tapi bila tengok awak, kita jadi tenang. Bila awak pandang kita, macam awak tengah pujuk kita je. Rasa happy sangat!"

Lalu, Ira mengucup kepala ku. Aku nampak bibirnya tersenyum walaupun matanya sembam. Ah, itu aku tak kisah. Ira masih Ira yang comel, Ira yang gembira dan periang itu. Aku sayangkan kau tau, Ira? Kau tau tak ni? Dan kau, Zed.... kalau aku kenal muka kau, akan aku cakar-cakarkan muka kau sampai hancur! Eh, mampu ke? *gulp!*

*** 

Selang beberapa hari, aku nampak Ira ceria kembali. Aku tahu Ira kuat. Cuma kadang-kadang aku nampak dia termenung. Ah, biasalah tu. Aku pun kadang-kadang termenung. Macam sekarang yang jadi tadi ni. Termenung punya pasal, aku terjatuh longkang. Bengong betul! Habis kotor bulu lembut aku ni. Eh, nak bangun tak boleh pulak! Kenapa pulak ni? Tolong! Tolong! Help~ eh silap, miaaauuuw~

"Bubu! Ingatkan apa la yang jatuh tadi. Meh biar kita angkat awak naik. Kita cuci bulu awak ni yek?"

Aku dimandikan oleh Ira menggunakan paip yang tersedia di depan rumah. Habis semua kawan-kawan aku yang lain menggelakkan aku. Siot betul la.. takpe! Sabar itu separuh dari iman. Tapi yang separuh lagi tu la.... haih! Bila aku diletakkan ke atas lantai simen, aku seperti tidak boleh berjalan secara normal. Aku syak kaki aku patah atau terkehel di mana-mana.

"Kaki awak... kita hantar awak gi klinik yek? Macam teruk je bengkok kaki awak ni."

Bengkok? Walaoweh~ bengkok! Habislah... aku tak mau gi klinik. Injection.. ubat.. doktor.. argh! Aku tak nak gi klinik....... huhuhu! Aku terus mengiau simpati pada Ira agar dia tidak membawa aku ke klinik.

"Kalau tak bawak gi klinik nanti kita risau awak sakit teruk. Awak sayang kita tak, Bubu?"

Alamak aih Ira ku sayang... jangan la tanya soalan camtu. Of course la I sayangkan you. Eh, nasib baik la aku bukan manusia tau, Ira. Berangan punya pasal, kami pun dah sampai ke klinik. Ira mendukung dan meletakkan aku ke atas katil rawatan.

"Tolong... kucing saya ni. Tadi jatuh longkang pastu kaki dia terkehel. Saya risau kalau kaki dia patah."
"Oh, cik boleh duduk dulu... atau cik nak masuk sama?"
Masuk la sama Cik Ira ku sayang... teman kita ni haaa.
"Saya... masuk sama la."

Dalam kerisauan, Ira masih tersenyum. Bagaikan memberi semangat untuk aku yang sakit ni untuk terus kuat. Semasa dalam bilik rawatan, kaki aku diurut. Nasib cuma terkehel sikit je. Setelah diurut, kaki aku dibalut kerana ada sedikit luka kecil yang dalam. Doktor hensem tu memberi ubat sapu pada Ira. Dan kemudian, Ira membawa aku pulang. Haih Ira... be my girlfriend la. Choy!

Luka aku hanya mengambil masa dalam lima hari untuk kering sepenuhnya. Dan hampir dua minggu juga untuk kaki aku kembali pulih. Aku kembali membuat Ira tersenyum. Tiada lagi tangisan dan mata sembam. Hanya senyuman dan gelak tawanya yang aku dengari.

"Bubu, meh makan sini. Kita nak sambung baca novel ni."

Aku pun berlari dan menunggu Ira menggaulkan makanan dalam mangkuk makanan ku. Setelah itu, Ira meletakkan mangkuk makanan ke atas lantai.

"Tadi kita pegi kedai buku, kita jumpa novel ni tau. Cover dia buat kita rasa nak beli. Cute kan cover art design novel ni?"

Ira tersenyum sambil menunjukkan novel di tangannya. Zombijaya... karya Adib Zaini. Cover art siap ada zombi-zombi ni awak kata cute, Ira? Kita lagi cute tau awak....

Kucing adalah pengubat kedukaan :) 


No comments:

This is Hani