Hani nak share tips yang Hani baca baru2 ni, iaitu tips menulis lagu. Hani dulu pernah la juga mencuba-cuba menulis lirik satu ketika dulu tapi orang tak ada bakat memang tak sehebat orang yang berbakat, ye tak?
Seperti yang dikatakan oleh pensyarah tersebut, kemampuan menulis lagu merupakan satu keuntungan besar bagi seseorang yang bergelar penyanyi. Sebab penyanyi tersebut boleh tahu kemampuan vokal mereka sendiri, pengaruh genre lagu mereka, dan kemampuan mereka membuat persembahan nanti. Selain tu juga, si penyanyi tu nanti dapat feeling dengan mudah sekiranya mereka sendiri yang menulis lagu tersebut.
So, are you ready to know the tips?
#1 Tentukan Tema
Lagu instrumental pun mampu memberi feel tanpa lirik, inikan pulak lagu yang ada lirik. Sebagai penulis lagu, boleh dikatakan wajib meletakkan tema atau mood untuk lagu tersebut. Tak kisahlah ceria macam kartun
#2 Ambil Mood Sekeliling
Korang pernah rasa happy bercinta? Pernah rasa sedih ditinggalkan kekasih? Dari situ korang boleh ambil mood tu. Selain cinta, kita gak boleh versatile kan mood tu. Macam buat kombinasi, contohnya tema politik dengan mood marah. Baru boleh jadi kreatif kot.
#3 Suasana Dalam Tulisan
Haaa macam mana tu? Lagu tu perlulah mempunyai satu situasi dan situasi tersebut perlu diterangkan dalam bentuk lirik lagu
#4 Berdialog
Ini pun penting gak. Ambil contoh lagu cinta, mesti la si penulis nak bagi kat GF/BF dia. So kena la ada ayat kononnya si penulis sedang berdialog dengan subjek. Contohnya, "aku membiar engkau pergi, jangan kau tangisi, ku korban cinta suci berakhir di sini, ku doa kau bahagia bersama dirinya~".
#5 Jangan Takut Menulis!
Idea kita kadang-kala datang secara spontan, jadi korang tulis je apa saja yang terlintas dalam kepala tu! Pasal susunan ayat apa bagai, korang boleh edit balik nanti. Ni nak bagitau something, rahsia menulis lagu adalah ketika mengedit, bukan ketika baru nak start menulis lagu tu.
#6 Tentukan Form
Ni bukan pasal borang form ye kawan-kawan.. tapi layout atau susunan bagi sesebuah lirik. Apa ingat website je ke ada layout? Lagu pun ada! Layout lagu ni termasuklah intro, verse, chorus, bridge, dan ending.
#7 Elemen
Lagu boleh dikembangkan melalui pelbagai cara. Antaranya dari lirik itu sendiri, selain dari riff (pengulangan muzik), ritma, melodi, dan kord. So korang kena la explore setiap ceruk seni lagu untuk lebih kreatif.
#8 Buat Koleksi
Idea datang dan pergi
#9 Ayat Keramat!
Menulis lagu ni tak seharusnya mengikut cara penulisan tatabahasa atau pemahaman macam subjek Bahasa Melayu kat sekolah tu. Untuk membuat ayat dalam lagu, mesti la dengan mudah tapi kena la dengan irama atau melodi lagu tu jugak. Contohnya "berikanlah cintamu pada ku" jadi "berikanlah aku cintamu". Got it?
#10 Dengar Lagu Orang Lain
Ada penulis lagu yang takut, dan mungkin juga tak suka dengar lagu penulis lagu yang lain ketika mereka sedang menulis lagu. Kenapa? Sebab mereka takut jika karya mereka dipengaruhi karya penulis lain, dan mungkin juga dilabel sebagai 'penciplak'. Tapi kita harus ingat, lagu lain mampu memberikan kita idea yang lebih luas dari apa yang kita ada. Dan dari tu juga, kita boleh mengambil lagu lain tu sebagai rujukan untuk menghadirkan mood untuk menulis lagu baru.
Kepada bakal penulis lagu diluar sana, good luck! Jangan syok sendiri bila menulis lirik lagu sendiri, okay?
P/S: Tips ni adalah rujukan dari blog Indra Aziz dan di-post dengan menggunakan style Hani sendiri. Harap korang semua enjoy!
8 comments:
nice tips..
kalau untuk penulis lirik pula macam mana ya?
boleh gak apply guna tips ni ;)
tapi tak reti nak nyanyi or perform or main musik..
takpe.. semua tu leh practise bila jamming ;) hehe sebab tgk my friends pon camtu gak dlu..gugup abeh tp now they can perform dgn slumber je..
huih leh jd composer ni .AHAH .
hahah! nti bila ko dah populer jgn lupa aku pulak :p
tumpang lalu , ,nk taw cgt tjuk lgu tok yg no4 ue.plesh2 ..
Hilang Rasa Cinta - Grey Sky Morning :)
Post a Comment