Friday, April 15, 2011

10 Tips Menulis Lagu

Salam!

Hani nak share tips yang Hani baca baru2 ni, iaitu tips menulis lagu. Hani dulu pernah la juga mencuba-cuba menulis lirik satu ketika dulu tapi orang tak ada bakat memang tak sehebat orang yang berbakat, ye tak? *rendah diri*. So Hani nak share tips ni yang disediakan oleh seorang pensyarah dalam bidang seni muzik dan lagu.

Seperti yang dikatakan oleh pensyarah tersebut, kemampuan menulis lagu merupakan satu keuntungan besar bagi seseorang yang bergelar penyanyi. Sebab penyanyi tersebut boleh tahu kemampuan vokal mereka sendiri, pengaruh genre lagu mereka,  dan kemampuan mereka membuat persembahan nanti. Selain tu juga, si penyanyi tu nanti dapat feeling dengan mudah sekiranya mereka sendiri yang menulis lagu tersebut.
So, are you ready to know the tips?

#1 Tentukan Tema
Lagu instrumental pun mampu memberi feel tanpa lirik, inikan pulak lagu yang ada lirik. Sebagai penulis lagu, boleh dikatakan wajib meletakkan tema atau mood untuk lagu tersebut. Tak kisahlah ceria macam kartun Teletubbies, atau sedih macam gambar Hindustan sekali pun.

#2 Ambil Mood Sekeliling 
Korang pernah rasa happy bercinta? Pernah rasa sedih ditinggalkan kekasih? Dari situ korang boleh ambil mood tu. Selain cinta, kita gak boleh versatile kan mood tu. Macam buat kombinasi, contohnya tema politik dengan mood marah. Baru boleh jadi kreatif kot.

#3 Suasana Dalam Tulisan
Haaa macam mana tu? Lagu tu perlulah mempunyai satu situasi dan situasi tersebut perlu diterangkan dalam bentuk lirik lagu [takkan la dalam bentuk karangan pulak!]. Dengan membuat macam tu, pendengar mampu berimaginasi situasi lagu tu samada berbunga-bunga ke.. ada pelangi ke.. atau sedang panas terbakar!

#4 Berdialog
Ini pun penting gak. Ambil contoh lagu cinta, mesti la si penulis nak bagi kat GF/BF dia. So kena la ada ayat kononnya si penulis sedang berdialog dengan subjek. Contohnya, "aku membiar engkau pergi, jangan kau tangisi, ku korban cinta suci berakhir di sini, ku doa kau bahagia bersama dirinya~". *haa cepat teka lagu siapa tu nanti dapat hadiah haha!*

#5 Jangan Takut Menulis!
Idea kita kadang-kala datang secara spontan, jadi korang tulis je apa saja yang terlintas dalam kepala tu! Pasal susunan ayat apa bagai, korang boleh edit balik nanti. Ni nak bagitau something, rahsia menulis lagu adalah ketika mengedit, bukan ketika baru nak start menulis lagu tu.

#6 Tentukan Form
Ni bukan pasal borang form ye kawan-kawan.. tapi layout atau susunan bagi sesebuah lirik. Apa ingat website je ke ada layout? Lagu pun ada! Layout lagu ni termasuklah intro, verse, chorus, bridge, dan ending.

#7 Elemen 
Lagu boleh dikembangkan melalui pelbagai cara. Antaranya dari lirik itu sendiri, selain dari riff (pengulangan muzik), ritma, melodi, dan kord. So korang kena la explore setiap ceruk seni lagu untuk lebih kreatif.

#8 Buat Koleksi
Idea datang dan pergi *aiceh~*. Mungkin masa tu korang tak ada idea nak buat macam mana dengan lirik yang korang buat tu. So korang kena simpan idea tersebut dalam buku tiga lima, atau save dalam notepad untuk yang lebih advance. Bila otak dah refresh, badan dah ada energy, dan korang pun nak start projek buat lagu, korang boleh buka balik idea korang tu untuk jadikan masterpiece korang nanti.

#9 Ayat Keramat!
Menulis lagu ni tak seharusnya mengikut cara penulisan tatabahasa atau pemahaman macam subjek Bahasa Melayu kat sekolah tu. Untuk membuat ayat dalam lagu, mesti la dengan mudah tapi kena la dengan irama atau melodi lagu tu jugak. Contohnya "berikanlah cintamu pada ku" jadi "berikanlah aku cintamu". Got it?

#10 Dengar Lagu Orang Lain
Ada penulis lagu yang takut, dan mungkin juga tak suka dengar lagu penulis lagu yang lain ketika mereka sedang menulis lagu. Kenapa? Sebab mereka takut jika karya mereka dipengaruhi karya penulis lain, dan mungkin juga dilabel sebagai 'penciplak'. Tapi kita harus ingat, lagu lain mampu memberikan kita idea yang lebih luas dari apa yang kita ada. Dan dari tu juga, kita boleh mengambil lagu lain tu sebagai rujukan untuk menghadirkan mood untuk menulis lagu baru.

Kepada bakal penulis lagu diluar sana, good luck! Jangan syok sendiri bila menulis lirik lagu sendiri, okay?

P/S: Tips ni adalah rujukan dari blog Indra Aziz dan di-post dengan menggunakan style Hani sendiri. Harap korang semua enjoy!


8 comments:

APi said...

nice tips..
kalau untuk penulis lirik pula macam mana ya?

Hani Suraya said...

boleh gak apply guna tips ni ;)

APi said...

tapi tak reti nak nyanyi or perform or main musik..

Hani Suraya said...

takpe.. semua tu leh practise bila jamming ;) hehe sebab tgk my friends pon camtu gak dlu..gugup abeh tp now they can perform dgn slumber je..

xazryx said...

huih leh jd composer ni .AHAH .

Hani Suraya said...

hahah! nti bila ko dah populer jgn lupa aku pulak :p

Anonymous said...

tumpang lalu , ,nk taw cgt tjuk lgu tok yg no4 ue.plesh2 ..

Hani Suraya said...

Hilang Rasa Cinta - Grey Sky Morning :)

This is Hani