Wednesday, April 20, 2011

Assignment #2 UBM: Sunnah Nabi Dalam Hidup Kita

Salam!

Kejap je dah masuk assignment kedua UBM. Walaupun busy dengan kerja harian di dunia realiti, tapi still curi-curi masa untuk buat assignment maya ni. Hebat kan? Kali ni soalan yang prof bagi agak Islamic.
Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah2 tersebut terhadap pengamalnya. 
Apa-apa hal sebelum nak menjawab, nak buat mukadimah sikit la...
Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Surah al-Ahzab: ayat 21)
#1 Antara sunnah Rasulullah yang Hani pernah dengar, tapi still orang buat-buat tak tau adalah tentang pemakaian cincin di jari. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali bernikah dengan Siti Fatimah; kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan di jari kelingking (anak jari). Dan janganlah memakainya pada jari tengah dan jari telunjuk.

Sebab apa?
Nabi Muhammad SAW melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia meniru cara berhias kaum yang telah dilaknat Allah iaitu kaum zaman Nabi Lut AS. Seperti yang kita tahu, kaum Nabi Lut AS mempunyai satu tabiat atau sifat di mana mereka menyukai jantina sesama mereka. Mereka juga mempunyai cara berhias yang songsang dan tidak boleh diterima oleh cara berhias dalam Islam. Bagi dunia zaman sekarang ni, perkara ni makin menjadi dan seperti makin bertambah. Harap ALLAH membuka hati mereka untuk berubah satu hari nanti, amiin~

#2 Sunnah Nabi yang ni pula diajar oleh orang tua Hani, iaitu makan dengan tangan dan bila dah habis makan kita hendaklah menjilat jari.

Sebab apa?
Pakar saintis juga telah mempersetujui cara ini dan mereka menjumpai enzyme yang banyak terkandung di celah-celah jari, iaitu 10 kali ganda yang terdapat dalam air liur. Enzyme yang dimaksudkan adalah sejenis alat pencerna makanan, tanpa makanan di hadam. Insya-ALLAH kalau amalkan sunnah Nabi ni, tak ada la kes sembelit, makan tak hadam, sakit perut, dan sebagainya.

#3 Selain sunnah Nabi, dalam al-Quran juga ada melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Ia dikuatiri akan cepat dapat penyakit.

Sebab apa?
Saintis juga membuktikan perkara ni di mana mereka menjumpai ion+ dalam ayam, manakala ion- dalam ikan, dan jika kita makan bersama ayam dan ikan maka terdapat satu tindakbalas biokimia yang terhasil. Ini boleh merosakkan usus si pemakan tu nanti. Nanti dari sihat, jadi tak sihat. Tak pasal-pasal usus kena penyakit. Minta dihindarkan sebarang jenis penyakit.

Ni antara sunnah Nabi yang Hani amalkan secara tidak langsung. Masa kecik dulu ingat memang tak boleh buat itu-ini, rupanya ia adalah salah satu sunnah yang kita sebagai umat Islam perlu amalkan sehari-harian. So bila dah tahu, kena amalkan sampai bila-bila. Nanti bila dapat penyakit, jangan kelam-kabut nak cari doktor atau tok dukun plawok pulak!

No comments:

This is Hani