Aku dapat rasakan dunia berkocak. Kuat! Laju dan pantas. Seketika, ia perlahan. Dan kemudian, ia laju semula. Apa ni? Kenapa boleh jadi begitu? Keadaan sekeliling mula dinaiki air bah. Aku dan beberapa rakan yang lain turut tenggelam. Kami lemas.. lemas! Aku cepat-cepat menarik nafas sedalam-dalamnya. Dan terus menutup mata.
Apabila aku pasti yang aku sudah sepenuhnya tenggelam, aku buka mata perlahan-lahan. Keadaan sungguh gelap. Aku nampak rakan-rakanku yang lain berenang ke arah satu punca cahaya. Aku yakin itu jalan keluar. Gegaran yang membuatkan dunia berkocak tadi masih dirasai. Ya, ia semakin pantas dan kuat. Bila gegaran ini kan berakhir?
Aku dapat rasakan punca cahaya itu mampu memberhentikan gegaran ini. Aku yakin. Rakan-rakanku yang lain juga percaya begitu. Kami terus berenang. Sepantas yang mungkin. Dan apabila kami sudah keluar melalui sumber cahaya tersebut, aku dapat rasakan gegaran tersebut sudah pun berhenti. Senyap dan sunyi. Kami semua lega, tapi kami perlu teruskan berenang untuk menyelamatkan diri.
Sedang kami mencari tempat yang selamat, aku menemui satu tempat perlindungan. Tapi ia hanya cukup untuk satu saja. Sedangkan kami semua hampir beratus ribu, dan mungkin berpuluh juta. Aku menoleh ke belakang. Aku nampak ada yang sedang berenang laju ke arah yang sama. Aku perlu berenang lebih laju jika mahu selamat.
Sampai saja di permukaan tempat perlindungan itu, aku terus mengorek lubang yang memuatkan aku masuk ke dalamnya. Aku korek, dan aku cuba untuk lolos ke dalam. Dan kembali mengorek apabila ia seperti tidak muat tubuhku. Akhirnya, aku berjaya!
Aku nampak wajah hampa rakan-rakanku yang lain. Maafkan aku. Aku juga mahu teruskan hidup. Aku mahu lihat dunia luar. Aku mahu membentuk diri aku yang sendiri. Bukan diri yang seperti batang taugeh ni!
Beberapa hari kemudian, aku lihat rakan-rakan seperjuanganku mati satu persatu. Maka, tinggallah aku sendirian dan akhirnya dibuai mimpi indah. Kadang-kala, aku terjaga mendengar suara dari luar yang mendendangkan lagu-lagu indah. Pernah juga aku mendengar alunan zikir dan ayat al-Quran. Sungguh mengasyikkan.
Apabila aku sudah besar sedikit, aku tiada kawan untuk bermain. Jadi aku hanya mampu menendang dinding-dinding lembut yang mengelilingi aku. Dan seketika kemudian, akan kedengaran tawa halus dari luar. Suara yang sama aku dengar setiap hari.
Sampai masanya, waktu untuk aku keluar dari tempat ini. Aku menemui cahaya lagi. Ya, aku perlu menuju ke cahaya itu seorang diri kini. Tiada lagi rakan seperjuangan seperti dulu. Keluar saja dari tempat itu, aku lihat ada ramai orang yang menyambutku. Aku takut. Siapa mereka ini? Jadi aku menangis sekuat-kuatnya.
Setelah badan ku sudah dilap bersih, salah seorang dari mereka membawaku pada seorang bidadari yang cantik. Dia tersenyum. Dan dia mula mencium dahi lembut ku. Dia terus berkata-kata dengan bahasa yang aku masih tidak faham. Tapi aku kenal suara itu. Suara itulah yang aku dengar setiap hari. Tangan itulah yang mengusap dinding lembut tempat aku selalu tendang dulu ketika aku bosan. Dialah bidadari aku sepanjang hidupku nanti.
Dua puluh dua tahun kemudian, aku masih membentuk dan mencari diri aku. Aku baru mampu mencari sinar bahagia buat bidadariku. Walaupun aku tidak berada di sisinya kini, aku teramat rindu padanya. Apa yang si bidadari itu sedang buat? Sedang tidur ke? Sedang menonton TV ke? Baru siang tadi aku menghubunginya. Rindu ini takkan terhakis walau sikit pun. Kerana aku teramat sayang pada sang bidadari, ibu ku...
Wednesday, April 25, 2012
Monday, April 23, 2012
Novel Review: #Bisik by Syaihan Syafiq
Hey-ho semua! Maaf sebab agak lambat sedikit nak review novel ni sebab packed dengan job: (1) proofread untuk next novel Fixi iaitu Dosa, Licik, Hilang dan Murtad, (2) kerja design-mendesign, dan (3) kuat tulis cerita meraban kat blog ni. Akhirnya, dapat gak habiskan baca buku ni dan sekaligus buat review dan hantar emel untuk error yang ada dalam buku ni (gila hardcore multi-tasker person aku ni kan?)
Penulis: Syaihan Syafiq
Halaman: 295 mukasurat
Harga: RM 19.90
Cetakan Pertama: April 2012
Sinopsis: Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingati kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.
Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.
Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.
Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?
Masa aku baca Bisik ni, aku anggapkan macam aku tengah main seribu keping puzzle. Dan setiap keping tu adalah persoalan dan misteri yang mesti aku cari dan sambungkan semula kepingan puzzle tu untuk aku rungkai satu persatu segala yang ada dalam kepala otak aku ni.
Aku nak cerita lebih pasal plot novel ni nanti jadi spoiler bagi sesiapa yang belum baca. Apa yang penting, watak Mikael di-develop daripada zero to someone, lepas tu jadi nobody. Which means, pada mulanya dia macam seorang yang down sebab kehilangan kawan serumahnya. Dan kemudian dia bangkit untuk teruskan hidup dia. Tapi atas sebab tertentu, dia jatuh menjadi seorang yang sadis, innocent, atau mungkin ada yang rasa kesian pada Mikael ni pada akhir cerita. Apa yang aku perlu katakan adalah TAHNIAH kepada penulis sebab develop watak utama dia dengan baik sekali. Yippee-ki-yay!
Persetankan la kalau ada orang kata storyline novel ni boleh di-predict (walaupun pada dasarnya aku pun predict benda yang sama), tapi at least, penulis dah pun berikan sedikit sentuhan dan kelainan dalam jalan cerita yang dia bina. Congrats once again~!
Kepada sesiapa yang masih belum membaca atau membeli tapi mahu rasakan BISIKan bab satu untuk buku ni boleh la klik pada link yang dilampirkan di bawah ni:
http://fixi.com.my/bisik/
Selamat membaca!
Penulis: Syaihan SyafiqHalaman: 295 mukasurat

Saturday, April 21, 2012
Lepak & Shisha - Wayang; Antara Kita dan Orang Sekeliling
"Dark Flight, 12:55 am for four people, please."
"Grey color is an empty seat, pink color is for couple seat."
And here we go, D3-D6 is ours!
Malam tu, kitorang gi makan kat McDonald's sementara movie midnight nak start. So untuk membuang masa yang ada tu, kami berborak macam-macam cerita. Dari yang seram sampai la yang lawak. Dan sampai la satu cerita ni dibuka oleh Eva.
*****
Eva dan Eyza ke Jusco Bukit Tinggi awal tahun hari tu untuk makan-makan. And suddenly, they ended-up to watch a movie called... Ombak Rindu. I never watch the movie yet (kesian) so I don't know anything about the movie (double kesian). So diorang pun duduk kat seat diorang sementara tunggu cerita start.
Ada satu couple ni, the girl duduk hujung and her left is her boyfriend. And his left is Eyza and then Eva. Time trailer tengah main kat skrin, the girl ni tengah bercerita pasal cerita yang akan ditayangkan berdasarkan novel Ombak Rindu. Yeah, she have read the novel. So she said this shit thing will happened in the beginning and so on. Bla bla bla and... pop! Movie dah start, tapi... 'movie' kat sebelah Eyza and Eva masih tak stop.
Eva tak tahan. Eva tak tahan. Eva tak tahan!
"Hey, can you please shut your mouth up?"
The girl tu terus senyap and boyfriend dia dah macam serba-salah nak back-up siapa. So the boy tu duduk diam-diam kat seat dia.
'One.. two.. three.'
"Ha.. awak tau tak, lepas ni perempuan tu..... bla bla bla bla..."
'Shit shit shit shit!'
"Dia tak faham English tu, Eva..."
Tak lama lepas tu, ada budak kat line belakang tiba-tiba duduk antara seat Eyza dan Eva. Di layar skrin ada adegan 'lurah dendam' sikit, dan tiba-tiba budak tu tepuk tangan sambil berkata, "Cium! Cium! Cium!"
'Little imp!'
Dan akhirnya... sampai pulak part sedih. Orang depan pulak menangis bagai. Nak menangis tu tak kisah tapi jangan la sampai kacau konsentrasi orang nak tengok movie tu.
'Sabar...'
*****
Boleh dikatakan dalam situasi Eva dan Eyza tu; orang kiri, kanan, depan, belakang... semua jenis tak respect orang lain nak tengok movie tu dengan tenang. Sampaikan ada yang prihatin dalam kalangan kita yang terfikir, 'Aku beli tiket wayang harga RM10, RM14 ni semua sekadar untuk marah orang sekeliling je ke? Mana hak aku sebagai penonton dalam wayang tu? Aku beli tiket tu sebab nak tengok wayang. Bukan nak marah orang yang tengok wayang tu.'
Kalau korang adalah salah satu makhluk yang pernah mengganggu orang lain nak tengok wayang secara sengaja atau tidak, baik korang ubah perangai tu sebelum kena sound direct tepat kat korang. Tolong respect orang lain kalau korang nak orang lain respect kat korang balik.
So habis cerita penderitaan Eyza dan Eva. Kami pun bergerak ke cinema. Tunggu sampai hall untuk movie Dark Flight ready dan kami terus masuk. Dari start sampai habis movie, alhamdulillah, tak ada kejadian macam apa yang Eyza dan Eva kena dulu. Fuh, lega!
P/S: Harap nanti time korang tengok movie adaptasi novel Zombijaya, KL Zombie tu tak ada yang buat perangai camtu kat dalam cinema, okay?

Tuesday, April 17, 2012
Dialog Monolog - Sedih Terakhir
Aku dah lama tak rasa happy macam ni. Lama jugak aku tak pergi shisha. Asap dari arang yang berperisa tu sudah lama aku tak hisap. Rindu pulak. Tapi... bila tak dapat lepak bersama kawan serumah, ada hikmah disebalik itu yang terjadi.
Aku dapat lepak bersama kawan-kawan yang aku dah pun rasa seperti 'kawan sejak kecil'. Kami hanya menggelarkan diri kami sebagai Idebewe, yang aku sendiri sudah lupa maksud penuh bagi akronim IDBW itu. Keakraban kami, kegembiraan kami, kesedihan kami... semuanya dikongsi bersama.
Aku bukanlah mahu mengatakan keluarga kandungku tidak best. Cuma kekurangan yang ada dari keluarga ku itu telah diisi oleh mereka semua. Baik dari kawan-kawan Idebewe, mahupun kawan-kawan serumah aku. Aku tak pernah mempertikaikan salah siapa dalam hal ni. Jauh dari sudut hati aku, aku masih merindui, masih menyayangi keluarga aku.
Baru-baru ini, aku ke rumah Adib. Berjumpa dengan keluarganya membuatkan aku kaku diam membisu. Aku segan dengan keluarganya. Apa yang aku nampak, keluarganya banyak mengisi kekosongan dalam keluarga aku. Aku tersenyum seorang diri apabila aku memerhatikan keadaan sekeliling. Boleh pulak time-time macam ni, aku teringatkan keluarga aku yang berada di Kajang. Nyaris mengalir airmata bila teringat Mama dan Abah. Rindu pada mereka hanya Tuhan saja yang tahu.
Orang lain hanya tahu mengata aku ni jahat dan memberontak. Kau apa tahu tentang hati aku? Kau apa tahu tentang pandangan keluarga aku terhadap aku? Apa yang kau tahu?
Hidup dalam keluarga yang bergelar Dato', Tan Sri, etc... sebenarnya tak lah sehebat mana yang korang sangka. Aku tak pernah gembira langsung dengan gelaran duniawi tu. Sejak adanya gelaran tu, ia seperti meragut segala masa dan kebahagiaan yang ada dalam hidup aku sekeluarga. Busy outstation la, kena pergi situ, pergi sana... bosan!
Kawan-kawan lain tak pernah tahu sejarah aku dengan keluarga aku. Dibuang, dibenci.. hanya aku yang kena tolong diri aku. Selagi boleh aku mahu mengelak dari bercerita tentang keluarga aku. Bukan sebab aku benci. Aku tak mahu orang berfikir negatif tentang keluarga ku. Mama.. Abah.. tunggu Mira balik, okay? Janji lepas habis segala kerja kat sini, Mira balik sana sekejap.
"Sayang, jom teman kita beli ais."
"Oh, okay.."
Lamunan aku berkecai. Aku tak patut fikir segala kesedihan yang pernah berlaku. Aku sedang bahagia sekarang! Mama Abah kat Kajang tu pun tahu. Doa aku cuma mahu kebahagiaan yang berpanjangan sampai aku menutup mata selamanya. Tak mahu lagi sedih seperti dulu. Aku terus mengikut Adib ke kereta untuk ke kedai bersama. Dan ketika itu, geng Idebewe yang lain sedang bersuka-ria di Bukit Tinggi, manakala kawan-kawan serumah aku sedang melepak menceriakan malam minggu mereka.
Terima kasih, korang!
Sayang Mama Abah ♥

Monday, April 16, 2012
Dialog Monolog - Si Kucing Bubu (Part 2)
Setelah beberapa bulan aku dengan tuan aku yang baru ni, aku rasa aku selamat sangat. Oh, nama tuan aku Ira. Tak tau la betul atau tak, selalu aku dengar kawan-kawannya memanggil dia Ira. Ira... comel. Kena dengan senyumannya. Nasib aku ni kucing. Kalau aku manusia, aku nak couple dengan Ira tu.
Satu hari, Ira pulang dari entah-dari-mana. Duduk di atas sofa dan terus menekup mukanya dengan tangan. Aku dengar esak tangis yang aku tak pernah dengar dan lihat sebelum ni. Mana Ira yang tersenyum riang dan ketawa selalu itu? Kena culik ke? Lalu aku duduk di depan kaki Ira. Dan aku pun mengiau.
"Bubu lapar ye? Sorry, kita balik rumah je macam ni. Mesti awak pelik kan?" Lalu Ira mengelap air matanya dengan tisu yang diambil dari dalam beg tangannya. "Jom kita bagi awak makan dulu. Kita pun nak kena mandi. Kita busyuk la.. macam awak tau Bubu, hehe."
Ira terus mengangkat aku ke dapur untuk memberi aku makan. Dia menggaulkan biskut Whiskas dengan makanan basah dari jenama yang sama. Ira bagi la apa saja, aku tetap akan makan. Kalau Ira masak sayur kangkung goreng sekalipun aku mesti makan. Setelah mangkuk makanan ku diletakkan ke atas lantai, Ira terus mengusap kepalaku sebelum berlalu pergi masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya. Dan aku... terus mengunyah dan mengunyah lagi sampai isi dalam mangkuk makanan itu lincin.
Malam itu, Ira memasang kartun Futurama musim pertama secara maraton bermula dari episod 5. Aku diangkat untuk turut berbaring sama di sebelah Ira. Aku diusap manja di kepala, badan ku juga diurut oleh Ira. Dan tiba-tiba, Ira bersuara...
"Awak mesti tak kenal Zed kan? Zed boyfriend kita. Awak tak kenal dia pun takpe. Tapi kalau awak kenal dia, kita nak awak cakar-cakar muka dia!"
Ira tergelak kecil sambil menggerak-gerakkan tangannya seperti mencakar sesuatu. Haih comel betul tengok muka dia marah. Ira menyambung lagi patah katanya tadi.
"Tadi Zed mintak putus. Kita tak tau apa salah kita. Tetiba je dia hina kita. Kata kita ni macam-macam. Kita sedih..."
Aku mula terdengar esakan halus Ira. Dia menghembus hingusnya menggunakan tisu yang telah disediakan di atas meja di tepi sofa. Aku terus memandang Ira. Hidungnya merah. Matanya juga merah dan sembam.
"Kita dah cakap.. kita dah pujuk dia. Dia tetap nak putus dengan kita. Dia kata kita tak sesuai untuk dia. Kita ni tak macam pompuan yang dia nak. Kita dengan dia dah lama tau, Bubu. Kenapa sekarang jadi camni? Kenapa dia hina kita macam tu?"
Esakan halus menjadi kuat, dan akhirnya menjadi satu lolongan panjang. Ira menarik tisu sebanyak mungkin. Airmata yang mengalir dilap sehingga kering dan kemudian ia mengalir lagi. Aku semahunya ingin menyeka air mata Ira dari gugur jatuh dari kolam jernih itu. Tapi aku hanyalah si kucing Bubu. Nanti tuan ku fikir aku mahu mencakar mukanya pulak!
"Tadi kita nangis teruk gila tau Bubu. Tapi bila tengok awak, kita jadi tenang. Bila awak pandang kita, macam awak tengah pujuk kita je. Rasa happy sangat!"
Lalu, Ira mengucup kepala ku. Aku nampak bibirnya tersenyum walaupun matanya sembam. Ah, itu aku tak kisah. Ira masih Ira yang comel, Ira yang gembira dan periang itu. Aku sayangkan kau tau, Ira? Kau tau tak ni? Dan kau, Zed.... kalau aku kenal muka kau, akan aku cakar-cakarkan muka kau sampai hancur! Eh, mampu ke? *gulp!*
Selang beberapa hari, aku nampak Ira ceria kembali. Aku tahu Ira kuat. Cuma kadang-kadang aku nampak dia termenung. Ah, biasalah tu. Aku pun kadang-kadang termenung. Macam sekarang yang jadi tadi ni. Termenung punya pasal, aku terjatuh longkang. Bengong betul! Habis kotor bulu lembut aku ni. Eh, nak bangun tak boleh pulak! Kenapa pulak ni? Tolong! Tolong! Help~ eh silap, miaaauuuw~
"Bubu! Ingatkan apa la yang jatuh tadi. Meh biar kita angkat awak naik. Kita cuci bulu awak ni yek?"
Aku dimandikan oleh Ira menggunakan paip yang tersedia di depan rumah. Habis semua kawan-kawan aku yang lain menggelakkan aku. Siot betul la.. takpe! Sabar itu separuh dari iman. Tapi yang separuh lagi tu la.... haih! Bila aku diletakkan ke atas lantai simen, aku seperti tidak boleh berjalan secara normal. Aku syak kaki aku patah atau terkehel di mana-mana.
"Kaki awak... kita hantar awak gi klinik yek? Macam teruk je bengkok kaki awak ni."
Bengkok? Walaoweh~ bengkok! Habislah... aku tak mau gi klinik. Injection.. ubat.. doktor.. argh! Aku tak nak gi klinik....... huhuhu! Aku terus mengiau simpati pada Ira agar dia tidak membawa aku ke klinik.
"Kalau tak bawak gi klinik nanti kita risau awak sakit teruk. Awak sayang kita tak, Bubu?"
Alamak aih Ira ku sayang... jangan la tanya soalan camtu. Of course la I sayangkan you. Eh, nasib baik la aku bukan manusia tau, Ira. Berangan punya pasal, kami pun dah sampai ke klinik. Ira mendukung dan meletakkan aku ke atas katil rawatan.
"Tolong... kucing saya ni. Tadi jatuh longkang pastu kaki dia terkehel. Saya risau kalau kaki dia patah."
"Oh, cik boleh duduk dulu... atau cik nak masuk sama?"
Masuk la sama Cik Ira ku sayang... teman kita ni haaa.
"Saya... masuk sama la."
Dalam kerisauan, Ira masih tersenyum. Bagaikan memberi semangat untuk aku yang sakit ni untuk terus kuat. Semasa dalam bilik rawatan, kaki aku diurut. Nasib cuma terkehel sikit je. Setelah diurut, kaki aku dibalut kerana ada sedikit luka kecil yang dalam. Doktor hensem tu memberi ubat sapu pada Ira. Dan kemudian, Ira membawa aku pulang. Haih Ira... be my girlfriend la. Choy!
Luka aku hanya mengambil masa dalam lima hari untuk kering sepenuhnya. Dan hampir dua minggu juga untuk kaki aku kembali pulih. Aku kembali membuat Ira tersenyum. Tiada lagi tangisan dan mata sembam. Hanya senyuman dan gelak tawanya yang aku dengari.
"Bubu, meh makan sini. Kita nak sambung baca novel ni."
Aku pun berlari dan menunggu Ira menggaulkan makanan dalam mangkuk makanan ku. Setelah itu, Ira meletakkan mangkuk makanan ke atas lantai.
"Tadi kita pegi kedai buku, kita jumpa novel ni tau. Cover dia buat kita rasa nak beli. Cute kan cover art design novel ni?"
Ira tersenyum sambil menunjukkan novel di tangannya. Zombijaya... karya Adib Zaini. Cover art siap ada zombi-zombi ni awak kata cute, Ira? Kita lagi cute tau awak....

***

Kucing adalah pengubat kedukaan :)
Untuk baca Dialog Monolog - Si Kucing Bubu (Part 1)
Subscribe to:
Posts (Atom)