Saturday, April 14, 2012

Lepak & Shisha - Twitter Love

Malam tadi, aku lepak dengan kawan-kawan eksotik aku sampai lewat pagi. Kenapa eksotik? Sebab diorang ni ada kepelikan diorang tersendiri. Pelik tu yang aku lagi suka. Malam tu, banyak cerita dan gosip yang diceritakan. Sampai rumah, aku simpan cerita tu semua elok-elok dalam kotak ingatan aku. Tidur sampai aku terjaga nanti.

Aku bangun je, terus check timeline Twitter. Banyak betul update dan mention yang aku dapat. Kemain bising BlackBerry aku ni. *scroll timeline* *scroll timeline* GOTCHA! Mamu sent twitpic! It's trolling time! Tergelak aku sensorang dengan taik mata penuh kat mata ni. Dua orang kawan kami bertemu cinta secara senyap. Dengan teknologi, maka terbentuklah satu lagi perhubungan yang merapatkan hubungan dari kawan menjadi cinta. Awww~ sweet!

Troll disambung dan meleret sehingga entah ke mana halatujunya. Dan akhirnya, senyap. Penat membahan dan sebagai penutup topik, kami tweet #WIN dengan bangganya.

Kemudian, aku berbaring semula. Aku tersenyum seorang diri. Sambil memandang siling dan kipas yang sedang berpusing. Fikiran aku menerawang jauh empat bulan lepas. Aku dan si dia juga pernah kena begitu. Diusik oleh kawan-kawannya yang ketika itu aku masih tidak mengenali mereka. Kan orang-orang tua dah bagitau, apa yang kita cakap itu adalah doa. Seperti doa yang dimakbulkan tuhan, kami akhirnya bersama setelah sebulan di-troll. Kan dah kata... korang ni memang dengar cakap orang-orang tua yek.

"Cinta adalah pemburu. Memburu sesiapa saja yang disukainya. Tembakannya adakala tepat dan adakalanya melencong jauh. Yang pasti, ia akan tetap memburu dan akan membunuh jika perlu. Setiap daripada kita tak akan terlepas daripada diburu. Aku, kamu, dia dan semua orang adalah mangsa. Kita adalah haiwan buruan." 
28 Hari: Jurnal Rock N Roll
Mohd Jayzuan 

Cinta ni satu benda yang pelik. Mula kata tak, dan akhirnya ia terjadi. Ada juga yang menipu katakan cinta, padahal? Hanya mahu menjaga hati dan berlagak jujur setia semata-mata. Kecut untuk berterus-terang. Dan bila dah kantoi, kita dipersalahkan dan pesalah pula bebas sambil menjaja cerita bagaikan baby yang tak berdosa. Babi lah! 


Sebenarnya, tak kisah dari mana kita menemui cinta. Di laman sosial, di kedai buku, di kiosk madu, atau di mapley sekalipun. Semua itu datang bersebab. Pandai kita jaga, moleklah segala perhubungan yang dibina. 


Sedang aku terleka sendiri, aku tergelak sensorang lagi. Gila... macam tak percaya. Tapi aku happy. At least bukan aku dan dia je yang bercinta. Ada lagi dua makhluk yang berkongsi kasih dalam geng kami. Dah macam sitkom kat TV, macam movie kat cinema. Gila.... gila.... 


Terus aku cari wallet aku dalam beg. Bukak wallet dan keluarkan sekeping gambar. Rindu lak kat mamat botak ni.... aih! 

Tuesday, April 10, 2012

Dialog Monolog - Kau Beri Aku

ketika itu
kau datang pada ku
aku hampir mati

kau beri aku harapan
kau beri aku cahaya
kau beri aku semangat
kau beri aku cinta

dan
aku hidup semula
dengan jasad yang sama
tapi jiwaku
ini bukan jiwa yang sama
oh
kau juga beri aku jiwa

ah... apa-apa lah!
aku cuma mahu katakan
aku sayang kat kau!!

*tutup muka dengan bantal*

Thursday, April 05, 2012

Fun with #idebewe at BOCO

Aku saja buat update ni sekadar untuk rewind aktiviti aku dengan kawan-kawan kat Pasar Buku BOCO yang berlangsung di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam baru-baru ni.

Alhamdulillah dan tahniah kepada Raja Faisal (Invasi) dan Syaihan Syafiq (Bisik) atas pelancaran novel sulung mereka dalam syarikat FIXI. Aku dah pun baca Invasi sampai habis. Korang bila lagi? Yela~ aku tak baca Bisik lagi. Ye, korang menang...

Okay, ni antara gambar-gambar kenangan (aiceh~) yang sempat dirakamkan oleh rakan terdekat.
Happy birthday Richard! \(^o^)/
KIRI KE KANAN: 
Mammew (haha!), Nadia Khan (Kelabu), Raja Faisal (Invasi), Hani, Adib Zaini (Zombijaya). 
Sesi menurunkan tandatangan. 
Dengan RF :D 
(try korang perhati Mamu kat belakang tu dok senyum sensorang tengok apa la tu kan?) 
Mereka bersama 'baby-baby' mereka :) 

Kepada yang dah beli Bisik dan Invasi, aku sebagai wakil dari FIXI mengucapkan selamat membaca yaw. Yang masih belum dapatkan lagi tu, boleh la pergi ke bookstore terdekat seperti MPH, Popular atau Kinokuniya untuk dapatkan naskah korang sendiri. Aku kena promote lebih ni sebab buku baru kan hehe!

Selain tu gak, korang boleh la pergi ke http://fixi.com.my/ untuk beli secara online.

Tuesday, April 03, 2012

Dialog Monolog - Si Kucing Bubu

Aku cuma seekor kucing jalanan. Aku dipandang hina oleh tuan aku. Maksud aku, bekas tuan aku. Bulu aku cantik, tapi disebabkan kurap di badan aku akibat berebut ikan goreng dengan kucing belakang rumah, aku dibuang. Maka, berjalanlah aku seekor diri untuk mencari sesuap sisa makanan.

Aku bernasib baik. Kawan-kawan yang rapat dengan aku banyak memberikan aku semangat. Aku mengaku aku hanyut dalam diri sendiri. Aku melayan perasaan aku yang mahu jatuh dan tak mahu langsung untuk bangun. Aku juga tak mahu langsung memandang manusia lagi. Bagi aku, mereka semua kejam. Mahu kucing yang cantik-cantik saja. Konon pecinta kucing, kesian pada kucing terbiar. Pui! Manusia pentipu!

Akhirnya, aku mulai berkawan dengan seekor burung merpati. Bulunya lawa. Warna biru lagi. Aku kagum. Aku dan burung merpati berkawan rapat sejak dari itu. Aku gembira kerana sedikit-sebanyak burung merpati itu memberikan petunjuk manusia-manusia yang ada di sekelilingnya. Ada yang baik, ada yang gedik, ada yang kasar, ada yang pelik. Macam-macam ragam manusia!

Dan pada ketika itu, aku mulai tertarik pada seorang manusia. Seorang perempuan. Berumur dalam 20-an. Ramai kata dia comel. Tapi bagi aku, dia bukan setakat comel. Dia baik, manja, degil, dan kadang-kala sifatnya yang pelik itu membuatkan aku lebih tertarik padanya. Aku cuba mendekatinya. Dia usap kepalaku yang botak kerana lukaku dimamah kudis dan kurap.

"Kesiannya kat awak. Kita sapukan luka awak dengan ubat yek?" 

Dia terus mengangkat dan membawa aku ke satu tempat agar dia dapat mengubati luka aku yang semakin teruk. Walaupun pedih, aku tetap tahan kesakitan yang aku rasai itu. Aku mahu tatap muka dia puas-puas. Aku mahu bersama dia hingga akhir hayatku. Aku mahu tidur atas ribanya pabila aku sihat nanti. Aku cuma mahu bersama dia. Aku cuma mahu dia.

"Tak mau pergi main jauh-jauh tau. Lapar nanti balik sini. Nanti bila awak dah kenyang, kita boleh sapukan ubat lagi kat luka tu. Nanti bila dah sihat, mesti lagi handsome! Biar kita jaga awak, okay?" 

Kalaulah aku mampu bercakap, aku akan luahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati ni. Gembira. Itu kesimpulan atas segala perasaan aku sekarang. Kini sudah hampir tiga bulan bersama dengan tuan yang baru. Aku masih kucing yang sama, yang masih berkawan dengan kucing-kucing yang rapat dengan aku dulu. Tak lupa juga pada burung merpati berbulu biru itu. Tuan aku tak kisah dengan kucing mana aku bergaul, asalkan waktu makan aku balik dan tidak bergaduh dengan kucing yang lain seperti sebelumnya. Luka di kepalaku juga sudah sembuh. Aku gembira sangat dengan tuan aku itu.

"Bubu.. makanan untuk awak malam ni. Habiskan tau, nanti baru dapat reward." 

Begitu la tuan aku setiap hari, setiap masa. Bila aku berkelakuan baik, dia akan berikan reward untuk aku. Aku pun tak tau apa itu 'reward' dalam bahasa kucing. Mungkin 'ciuman' sebab dia mesti cium aku setiap kali aku baik. Oh ya, nama aku yang baru adalah Bubu. Aku suka tuan aku. Aku suka dengan nama Bubu. Panggilan yang manja kan?

Sunday, April 01, 2012

Dialog Monolog - The Hangover Day

Ahad. Satu April. Jangan nak buat lawak April Fool sangat la. April Fool is too mainstream. Penat sangat hari ni sebab hari yang sebelumnya yang terlalu busy, lepak dengan kawan-kawan yang totally happening. Lebih best dari kawan-kawan kau yang dah unfollow aku dari Twitter tu. Hah, pedulikan mereka tu. Kami yang dah terpinggir dari kumpulan tu dah ada aktiviti paling best dengan kawan masing-masing pun.

First time aku nampak Ewan untuk sesi tahun 2012 ni. Dia nampak lebih bersemangat. Nampak lebih kemas. Nampak lebih positif. Mungkin disebabkan kerja dia sekarang yang membuatkan dia lebih teratur? Mungkin jugak influence dari band berlagak nak mampus tu dah hilang dari dia? Mungkin jela. Dan pada hari itu juga, event yang ada live band yang pertama aku layan untuk tahun ni gak. He's getting better with his attitude in music. Bangga.

Semalam jugak, hari invasi. Maksud aku, buku King tajuk Invasi tu dah start masuk bookstore. Tahniah jugak kat King sebab menulis cerita yang best untuk kami, pembaca Fixi atau mungkin macam yang Anwar tweet dulu; UltrasBukuFixi. Aku dapat idea macam nak buat T-shirt untuk ultras tu la. Hmm... better nanti jela.

Semalam, kami lepak sampai lewat malam. Penat, tapi masih nak lepak. Lepas ni, kerja masuk lagi dan lagi. Dan ketika ni je kami boleh lepak lama. Macam-macam cerita keluar. Bertukar-tukar topik. Kelakar, seram, tak logik, lucah, kartun.. semua ada. Asal dapat gelak jela cukup. And tukar-tukar pengalaman.

******

Itu hal semalam. Hari ni? Semua tak larat. Aku masih tak mau lepaskan selimut dan bantal busuk, tapi aku cuma capai handphone. Check timeline. Ya... semuanya sama. Hangover. Aku bangun, tidur, bangun, tidur, bangun, tidur, dan akhirnya bangun semula. Sebab...

Adib: Sayang~ jom tengok bender.
Hani: Ok, jom! Dua episod terakhir.
Adib: :) 
Hani: Tapi tunggu hani on lappy sat. 

Aku terus selup tangan aku bawah katil, amek laptop aku letak atas meja. On switch and aku duduk depan laptop tak buat apa-apa. Teruk sangat hangover ni. Sampai aku lupa nak power on laptop aku. Patut la gelap je skrin laptop ni. Bengong. Aku pun tunggu sampai semua dah ready. Windows dah stand-by, external hard-disk pun dah ready. Dua episod terakhir Futurama untuk season 6 tu pun dah masukkan dalam playlist. Speaker plug-in. Halakan skrin ke arah katil....

Hani: Jom sayang.
Adib: Play sama2.

.... dan aku bersandar kat dinding. Pakai spek. Layan kartun Futurama tu sambil peluk bantal busuk, berbungkus dalam selimut. Ada je yang funny mesti YM dengan Adib. Share apa yang funny, best, comel. Macam tu la kitorang dari mula sampai habis season kartun tu.

Adib: Saya keluar makan kat mapley tau. 
Hani: Okay. Hani pun nak kena mandi ni. 
Hani: Take care! 
Adib: Okay sayang :* 

Settle je conversation tu, aku terus masukkan kartun Spongebob Squarepant first season ke dalam playlist. Play at random. Peluk bantal busuk. Baring balik kat katil. Heaven dapat tidur lagi. Dan ketika tu, tak ada sesiapa yang kacau.....

This is Hani