Pernah tengok mata kucing yang mempunyai warna matanya yang berlainan? Sebelah
warna biru, manakala yang sebelah lagi berwarna hijau atau mungkin warna oren,
dan sebaliknya. Seperti mata kucing yang bernama Snow White milik penulis Jejaka Anggun, Shaz Johar tu. Dalam bahasa saintifik, ia dikenali sebagai heterochromia
iridum. Kejadian pelik ini juga boleh berlaku pada manusia; samada kedua-dua
mata berlainan warna, ataupun dalam salah satu atau kedua-dua anak mata
mempunyai dua warna yang berbeza.
Dalam
kes aku, aku mempunyai dua warna berbeza pada kedua-dua anak mata. Anak mataku
yang berwarna coklat gelap ini mempunyai satu lagi lapisan warna ungu di tengahnya.
Cantik, bukan? Simptom ini dipanggil central heterochromia. Tapi mata yang
cantik inilah yang membuatkan aku terlalu berhati-hati dengan dunia
sekelilingku semenjak aku ‘mendapatkannya’.
Semasa
aku berusia 15 tahun, aku pernah mengalami kemalangan jalan raya. Seorang pemandu bas
ekspres dengan bangangnya telah menukar lorong secara melulu membuatkan
kereta yang dinaiki aku bersama ayah telah hilang kawalan dan melanggar besi palang
divider. Kaca cermin tingkap yang pecah telah memasuki ke dalam mataku
membuatkan aku mengalami kecederaan mata yang serius.
Namun,
nasib aku baik. Beberapa hari aku terlantar di hospital dengan mata yang berbalut
buta, aku didatangi doktor dengan satu berita baik. Ada penderma yang mahu
mendermakan matanya kepadaku. Namun berita baik tersebut disambut dengan berita
buruk, di mana rakan yang baru aku kenali semenjak aku dimasukkan ke wad
tersebut telah meninggal dunia akibat leukemia.
Selepas
beberapa hari pembedahan ke atas mataku berjaya dilakukan, balutan pada mata
dibuka. Kini aku boleh melihat semula.
“Buat
masa ni, Cik Suzana rehat dulu. Dalam masa 24 jam, kalau tak ada apa-apa, Cik dah
boleh pulang esok,” kata doktor yang merawatku itu dengan suara yang ramah
sambil melemparkan senyum.
Secara tiba-tiba, wajah doktor itu berubah menjadi bayangan yang memimikkan mukanya dengan wajah yang garang dan meninggikan suara memarahinya pula.
‘Cepat-cepat sikit
blah. Aku dah malas nak handle kes kau ni.’
Aku
terkejut. Aku yakin aku melihat dan mendengar kata-kata doktor itu sebentar
tadi. Kata-kata yang menghina diriku sebagai seorang pesakit. Lantas, aku
menoleh memandang jururawat yang berada di sebelah kiriku pula.
Dengan
muka yang menjengkelkan, bayangan jururawat itu bersuara, ‘Kau ni apehal pandang aku buat muka pelik ni?’
Mataku
terkebil-kebil melihat jururawat tersebut. Aku menggelengkan kepalaku sedikit
dan memandangnya semula. Jururawat itu mengukir senyum padaku.
Aku
pantas menoleh semula kepada doktor. “Uh… okey.” Kepala terangguk secara
teragak-agak dan tak langsung.
Doktor
dan jururawat itu terus berlalu pergi.
‘Tidur! Rehat! Jangan
nak panggil-panggil aku pulak nanti,’ kata bayangan jururawat itu lagi
dengan matanya yang terjegil garang.
Aku
membuntangkan mata, tidak percaya dengan apa yang aku lihat dan dengar. Jururawat itu menoleh padaku dan melemparkan senyum manis.
Seakan
mimpi ngeri. Namun aku biarkan saja.
Aku
membaringkan tubuhku dan meletakkan kepala ke atas bantal. Semasa aku
mengiringkan tubuhku ke kiri, aku terlihat kertas yang dilipat dan ditindih
dengan botol mineral yang terletak di atas meja. Aku capai kertas itu. Di
atasnya tertulis namaku. Cantik tulisannya. Aku buka dan aku baca. Ayat
terakhir surat itu membuatkan aku mengetap bibirku.
‘Guna elok-elok anugerah terbaru tu. Terima kasih jadi kawan yang
baik pada hari-hari terakhir saya di sini.’ – Dina.
Aku
memandang katil yang sepatutnya menempatkan Dina sebelum ini. Aku membayangkan
tubuh Dina sedang terbaring di situ. Namun bayangan Dina itu tiba-tiba
melemparkan senyuman kepadaku.
Badanku
terangkat sedikit, terkejut memandang imaginasiku tiba-tiba berubah tanpa
mengikut arahan fikiranku.
Bayangan
Dina itu bangun dari pembaringan dan mendekatiku yang terkaku di katil.
Tangannya membelai mukaku.
‘Jaga elok-elok.
Jangan guna untuk benda bukan-bukan. Yang penting, belajar untuk kawal kuasa tu’, pesan Dina sebelum menghilang selepas dia berjalan menembusi dinding bilik wad.
Selepas
beberapa minit, baru aku dapat menghadam segala yang berlaku tadi.
Perlahan-lahan, aku mengukir senyum ke arah Dina menghilang tadi.
Terima kasih, Dina.
*****
Sejak
dari itu, aku terpaksa membiasakan diriku dengan bayangan kata-kata hati orang
sekeliling. Aku cuba untuk mengawal ‘kuasa’ itu. Aku cuba untuk menangani
perasaan takut setiap kali bertembung dengan makhluk di sebalik hijab. Dalam surat
arwah Dina ada tertulis bahawa kuasa itu boleh dikawal jika aku mampu
memberikan tumpuan yang betul.
Guna bila perlu je,
Sue. Guna bila perlu!,
monolog ku seorang diri setiap kali aku terguna kuasa tersebut secara tidak
sengaja.
Sedar
tak sedar, sudah tiga tahun aku dapat anugerah luarbiasa ini. Kini aku sudah
mampu mengawalnya. Hanya guna bila perlu saja.
Satu
hari, aku didatangi seorang perempuan ketika aku sedang melepak seorang diri di
sebuah mapley. Katanya dia bekerja sebagai private investigator. Dia
menghulurkan kad namanya.
IDBW Investigations.
“Saya
rasa macam pernah jumpa la Cik Norin ni…”
“Kat
rumah Sheila haritu, ingat?” Perempuan itu pantas memotong kata-kataku.
Aku
teringat seorang perempuan yang membebel-bebel bajunya terkena muntah hijau
semasa dia tiba di rumah Mak Long Zati tempoh hari.
Aku
mengangguk. “Oh... ada apa ye?” tanyaku.
“Awak
nak kerja dengan kami tak?”
“Kerja
apa?” Soalan dibalas dengan soalan.
Norin
menegakkan badannya, mendekatkan diri denganku. Bibirnya mengukir senyum gatal.
“Saya
tengok awak ni ada kebolehan untuk berkomunikasi dengan… benda tu.” Norin
merendahkan suaranya pada akhir katanya.
“…So?”
“To
be frank, kami dalam IDBW Investigations ni cuma ambil kes paranormal.”
Aku
tergelak kecil dengan kata-kata Norin.
Norin
membuat muka kau-ni-nak-ke-tak-nak-kerja-ni pada aku.
‘Budak ni boleh gelak
pulak… aku cakap betul-betul, dia ingat main-main la kot ni?’, kata bayangan Norin
dengan lagak selamba.
Aku
membuntangkan mata seluasnya. “So you memang cakap betul la ni?” Secara tidak
sengaja, aku mempersoalkan kata-kata bayangan Norin sebentar tadi.
“Apa
yang betulnya?” tanya Norin selepas dia menghirup air teh ais. “Jap, awak ni…
boleh baca hati orang jugak ke?”
Aku
terdiam.
“Wow,
that’s nice!” kata Norin sambil menepuk-nepuk bahuku. “So, nak kerja tak dengan
kitorang?”
“Cuba
bagi saya yakin sikit, kenapa saya perlu terima kerja dengan korang?”
“In
our team, we've got a shaman, a muscle-man, a werewolf and… a witch, that’s me!” jelas
Norin dengan satu nafas, lagak seperti promoter mem-promote hasil jualan.
Aku
tergamam. “Oh, ooookey.”
“And
if you masuk kerja dengan kitorang, team ni boleh jadi lagi power dengan adanya
psychic, and that will be you.”
Aku
terdiam. Memikirkan apa yang molek dijadikan keputusan.
“It’s
okay kalau awak tak tau nak jawab apa sekarang. Bila-bila nanti datang la ke
ofis kitorang. Alamat ada kat kad tu.”
Norin
pantas menghirup airnya sehingga habis dan terus berdiri meninggalkan aku
terpinga-pinga. Sekeping not RM10 ditindih dengan gelas minumannya tadi.
Kerja macam tu pun ada
ka?
Aku
ketawa kecil, tergeleng memikirkan ‘tawaran kerja’ tersebut dan terus duduk di
mapley tersebut sebelum berlalu pergi setelah air sirap limau yang aku pesan
kali kedua itu habis dihirup.
*****
Enam
bulan sudah aku bekerja dengan IDBW Investigations. Dah bermacam-macam kes
pelik dan misteri yang aku tangani bersama mereka. Dari kes El Chupacabra sesat,
kemudian Mahmud hilang diculik oleh Damien untuk dijadikan ‘pahlawan’ di pentas
Monster Fight.
Hari
ini, aku dipanggil oleh Detektif Rina untuk membantu seseorang. Dan seseorang itu adalah Ridhwan. Ini adalah kali pertama
aku bertemu dengan Ridhwan. Wajah lelaki itu kelihatan kusut dan serabai dengan
kumis yang tumbuh menebal di pipi, misai dan janggutnya pula tidak dicukur.
Lelaki
itu duduk berhadapan dengan aku. Detektif Rina hanya berdiri di tengah-tengah
di antara kami.
“Sekarang,
kau boleh tanya apa je yang kau nak tanya. Aku yakin Suzana boleh tolong,” kata
Detektif Rina kepada Ridhwan.
Detektif
Rina berjalan keluar dari ruangan tersebut meninggalkan aku dengan Ridhwan
berdua.
Suasana
sunyi menyelubungi kami. Lama. Jadi aku mulakan bicara.
“Urm...
hai?”
“Apa
yang kau nampak kat aku?” tanya Ridhwan tanpa selindung.
“Huh?”
Aku bingung. “Apa maksud kau?”
Ridhwan
menegakkan badannya, mendekatkan sedikit badannya denganku.
“Aku
dah mati sepatutnya. Aku dah tembak Ridhwan dulu. Dia mati dan sepatutnya aku
pun mati dan hilang dari dunia ni. Sepatutnya aku tak wujud sekarang ni sebab
Ridhwan kecik dah mati. Faham?”
Panjang
lebar Ridhwan menerangkan masalahnya kepadaku.
Ya,
aku masih ingat pada Ridhwan kecil yang dimaksudkan oleh Ridhwan itu walaupun
aku tak pernah berkesempatan untuk berjumpa dengannya semasa dia masih hidup.
Budak kecil malang itu ditembak di dadanya dan menyebabkan dia mati akibat
pendarahan yang banyak.
“Meh,
tangan.” Aku menghulurkan tanganku.
Ridhwan
perlahan-lahan menghulurkan tangannya. Telapak tangan kami bersentuhan. Aku
memejamkan mataku, lama. Dan kembali membukakan mataku semula. Aku dapat lihat
persekitaranku seperti berada di dalam cermin. Semuanya terbalik. Susunan di
dalam ruangan itu terbalik. Ejaan dan huruf semua terbalik. Kiri menjadi kanan,
dan juga sebaliknya. Namun, tempat itu seperti sudah lama ditinggalkan. Dinding
merekah dan ada beberapa rekahan sudah berlubang, menampakkan keadaan luar dari
bangunan itu. Seperti kesan selepas berlakunya peperangan.
“Kat
mana aku sekarang ni?” Aku memandang sekeliling. “Kenapa tempat ni macam teruk
semacam je?”
“Kau
siapa?” Kedengaran suara lelaki yang aku sangat familiar dari arah belakang.
Lalu, aku pusingkan badanku untuk melihat empunya suara.
Alangkah
terkejutnya aku apabila aku dapati empunya suara itu adalah “Fairuz!” walaupun
dia kelihatan lebih tua dari yang aku kenal.
Fairuz
memandangku pelik.
“Kau
ni siapa?”
*****
Aku
duduk berhadapan dengan Fairuz. Fairuz di depan mataku ini kelihatan serius.
Muka ketat macam getah spender baru beli. Mungkin sebab keadaan hidupnya yang
sukar sejak perang nuklear itu berlaku yang membuatkan dia jadi sebegitu.
“Nora
mana?”
Fairuz
memandangku sekilas. Kemudian, dia kembali memandang ke hadapan, termenung.
“Ada,”
jawabnya sepatah.
“Mana?”
tanyaku sekali lagi.
Dia
tak menjawab, malah dia mengepalkan tangannya dan menepuk-nepuk dadanya. Maka,
fahamlah aku apa yang berlaku pada Nora.
Giliran
aku pula menceritakan tujuan kedatanganku ke situ. Bagaimana aku ke situ,
kenapa, sebab apa... semuanya. Aku juga menceritakan permasalahan yang berlaku
pada Ridhwan.
“Ridhwan?”
tanya Fairuz dengan matanya terjegil buntang.
“Ha’ah.
Kenapa eh?”
“Kami
hantar Ridhwan ke masa lalu. Kami nak ubah masa depan kami. Kami tak nak perang
ni berlaku. Dah lapan bulan dia menghilang tapi kami masih macam ni,” cerita
Fairuz berterus-terang. “Kami suruh dia balik ke masa lalu untuk bunuh adik
dia, Maliki. Sebab Maliki tu la yang buat kami macam ni. Dia memberontak, jadi
pengebom berani mati dan membunuh menteri-menteri besar termasuk presiden US
dalam satu mesyuarat besar beberapa tahun lalu.” Fairuz mengeluh.
Aku
terdiam mendengarkan cerita itu. Sebab itulah Ridhwan beriya-iya untuk membunuh
adiknya sendiri selepas kembali dari masa depan.
“Tapi...
Ridhwan terbunuh diri dia sendiri. Maksud Sue, dia bunuh Ridhwan kecik. Bukan
Maliki,” ceritaku pula.
Fairuz
memandangku dengan roman yang serius.
“Sepatutnya
kalau Ridhwan terbunuh diri dia sendiri, mesti ada efek yang berlaku sekarang
ni, walaupun perubahan tu kecik. Tapi macam takde apa yang jadi pun?” tambahku.
“Siapa
aku kat dalam masa kau?” tanya Fairuz, masih dengan roman yang ketat.
“Private
investigator. Sebelum tu, kau penah jadi ahli gusti. Err, luchador? Macam tu
la.”
Fairuz
mendengus dan menyandarkan badannya ke dinding.
“Kenapa?”
Aku memberanikan diri untuk bertanya.
“Aku
teringin nak jadi luchador. Aku gak suka bidang siasatan ni, tapi tak pernah
nak jadi,” luah Fairuz.
Aku
pelik. Tak mungkinlah. Kalau aku menjalani hidup aku bekerja bersama Fairuz
dalam IDBW Investigations, takkanlah dia tidak menjalani hidup yang sama?
“Jadi,
kau tak pernah ada kawan dalam IDBW Investigations?”
Fairuz
memandangku dengan pandangan tajam. “Kumpulan pemberontak mana pulak tu?”
“Eh,
diorang bukan pemberontak! Diorang ni kawan-kawan kau. Sama-sama jadi
investigator. Norin, Jimmy, Mahmud... tak kenal?” aku menduga.
Fairuz
tertawa. “Mereka tu semua kawan-kawan aku. Business partner, tapi dulu la.” Dia
melepaskan nafas panjang. “Sekarang aku tak tau diorang masih hidup lagi ke
tak.”
Dia
terdiam, aku pun terdiam. Habis kata-kata. Aku bingung sebenarnya. Kalau betul
ini ‘masa depan’ kami, kenapa masa lalu kami amat berbeza?
Aku
menoleh pada Fairuz. “Kau tak rasa dunia kita berbeza?”
“Maksud
kau?”
“Kau tak pernah tengok Doctor Who ke?"
"Doktor apa tu?" tanya Fairuz.
"Doctor Who la... dia tu time traveler kat dalam siri TV. Jangan kata cerita tu tak wujud dalam dunia kau?"
Fairuz membisu.
"Kalau
kau percaya pada time travel, mungkin kau juga percaya pada parallel world,”
jawabku. “Sue syak Ridhwan tu dah tersilap masuk relung waktu. Dia sepatutnya
masuk ke masa lalu dalam dunia korang, tapi dia tersasar dan termasuk ke dunia
kami.”
“Boleh
jadi...” Fairuz menggapai beg galasnya dan mengeluarkan botol air dan meneguk
sedikit air. Dia menghulurkan padaku tapi aku mengangkat tangan, menolak
pelawaannya. Kemudian, dia menyambung, “...gajet yang kami guna tu cuma
prototaip yang masih tak siap lagi. Tu pun kami curi dari pameran yang ada
pamerkan gajet terbaru. Kononnya boleh digunakan untuk kembali ke masa silam.”
Aku
memandang lelaki itu dengan perasaan yang sangat kasihan. Dia perlu menjalani
hidup ini sehingga habis nyawanya.
“Kau
balik la ke dunia kau. Aku tau, benda ni takleh diubah dah. Ini adalah takdir
kami,” luah Fairuz dengan nada kesal. Fairuz bangun berdiri dari duduknya dan
menepuk-nepuk seluarnya yang kotor dengan habuk debu yang melekat. “Aku harap,
dunia kau tak mengulangi apa yang berlaku kat dunia kami.”
Dia
melangkah pergi dari situ. Sebelum dia keluar dari situ, dia sempat menoleh ke
arahku. “Kau balik nanti, bagitau Ridhwan yang aku minta maaf sangat-sangat
dengan apa yang berlaku. Aku harap dia boleh bina hidup baru kat sana.”
Aku
mengangguk faham.
“Lagi
satu aku nak tanya, apa nama aku time jadi luchador dulu?”
Aku
tersenyum lucu. “Ultimo Rempitico.”
Fairuz
terkerut dahinya. Kening kirinya terangkat sedikit. “Apesal buruk bebenor
namanya tuh?” Kemudian, dia ketawa dan berlalu pergi setelah mengangkat
tangannya.
*****
Ridhwan
memandangku pelik. Mataku putih sepenuhnya dan kelihatan seperti ada cahaya
terbias dari mata kuasaku. Dia ketakutan dengan apa yang berlaku. Dia cuba untuk
melepaskan tangan yang kugenggam dari tadi tapi gagal. Lantas, dia duduk di
situ menungguku ‘kembali’ dari dimensi lain.
Tanganku
menggenggam tangannya lebih kuat dari tadi membuatkan Ridhwan menjadi cuak. Aku
memejamkan mataku rapat dan membukanya semula. Mataku kembali normal. Aku
nampak wajah Ridhwan sedikit berpeluh di dahi.
“Hai,”
ucapku untuk meredakan kecuakkan Ridhwan.
“Err...
kau okey ke?”
“Okey.”
Aku melemparkan senyum. “Fairuz kirim salam. Maksud aku, Fairuz kat dunia asal
kau kirim salam.”
“Apa
maksud kau?”
Aku
melepaskan genggaman tanganku dari tangannya. Aku berdehem beberapa kali dan
aku mula menceritakan kesimpulan yang kami putuskan tentang kejadian yang
berlaku pada Ridhwan.
Parallel
world. Itulah alasan logik yang dapat kami simpulkan.
Ternyata
itulah sebabnya kenapa Ridhwan masih lagi hidup walaupun dia telah menembak
mati Ridhwan kecil dulu.
Seperti
apa yang Fairuz katakan padaku, takdir masa lalu tak dapat kita ubah melainkan
ikhtiar untuk masa depan. Kesilapan masa lalu harus ditebus dengan keinsafan
dan kebaikan demi masa depan yang mampu memberikan kita kegembiraan.
*****
Selepas
aku selesai menolong Ridhwan tempoh hari, aku baru teringat sesuatu. Dengan
mata kuasaku ini, aku juga mampu masuk ke relung waktu ke dimensi lain rupanya...
next time nak cuba lagi!
4 comments:
Menarik...tapi too long. Kena datang balik untuk sambung baca.
ni akan ada sambungan ke camne ni?
berakhir disinikah?
:3
Malaysia Tercinta: Takpe. Take your time ;)
Hasnul Adin: Kira kena bikin The Adventure of Suzana ke apa ni lepas ni? Hehehe
pon boleh. :)
mcm best je kalau sambung cerita ni.
haha
Post a Comment