Ini adalah salah satu tulisan yang aku baca tiga kali. Pertama dan kedua, ketika aku proofread draft pertamanya. Ketiga, dalam bentuk buku. Tak banyak perubahan, cuma jalan ceritanya telah disusun kemas dan ada tambahan info.
Penulis: Faizal Sulaiman
Harga: RM 19.90
Halaman: 316 mukasurat
Cetakan Pertama: Disember 2012
Sinopsis: Ramuan SUMBAT:
250 ml Dendam, jenama 'Silam'
150 gm Rahsia Hitam
50 gm Cinta, paket 'Terlarang'
3 sudu besar Air Mata
1/2 cawan Pengorbanan
5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)
Cara:
Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang. Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam sehingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang-selikan dengan 1/2 cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknik folding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum Senyuman. Voila!
Macam sedap je kan resipi tu... tapi boleh buat sakit yang tak terhingga kat hati korang. Tapi buku ni memang agak menyelerakan sebab... menu yang disediakan tu memang buat aku kecur liur. Sampai time baca Sumbat ni, mulut tak henti mengunyah kerepek la... makan nasi bungkus la... macam-macam!
Basically, Sumbat mengisahkan tentang dendam. A dendam dengan B, C berdendam dengan D, D berdendam dengan B. Tapi dendamnya perlu dibalas dengan 'penyucian dosa'. Haaa, cemane tu? Kena baca la kalau nak tau. Banyak sangkut-paut antara watak yang di-reveal satu persatu pada setiap chapter. Setiap cliffhanger pasti membuatkan korang tertanya-tanya apa yang berlaku selepas itu.
Secara jujurnya, aku pening sikit baca naskah ini pada awalnya. Semasa aku proofread dulu, aku terpaksa keluarkan sehelai kertas dan tulis semua watak yang ada disebut dalam setiap perenggan, kemudian buat mind map, siap buat garis info antara watak yang ada. Contohnya, Suri adalah kakak kepada Razi/Nizman, Liz pula isteri kepada Armin. Semua tu aku buat sebab tak nak ada kesilapan 'pertukaran' nama watak seperti yang pernah berlaku sebelum ni.
Dalam kerumitan tu, penulis 'menyenangkan' aku (juga pembaca lain) dengan gaya bahasa yang tersusun, tak terbelit-belit, serta selitan komedi selingan dalam beberapa monolog. Yela... kalau serius memanjang pun takleh jugak, ye dak?
Jika anda mahu menempah Sumbat secara online, boleh la klik kat SINI atau dapatkan naskah ini di mana-mana bookstore terdekat (selain Popular), okay?
No comments:
Post a Comment