Ini bukan buku keagamaan atau buku untuk memesongkan akidah ye, kawan-kawan. Ini adalah sebuah buku antologi cerpen Dajjal.
Halaman: 132 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: 2013
Senarai 10 cerpen:
- Tasik Galilee (Mohd Azmen)
- Filem (Salleh Razak)
- Gadis Dan Gigi (Walid Ali)
- f 5.6 (Nik Adam Ahmad)
- Serigala, Revolver Dan Gadis Berambut Oren (Azrin Fauzi)
- Pengembaraan Jal Di Tanah Melayu (Rayza MukMin)
- Diari Ahmad Fasilion (Syahmi Fadzil)
- Migraine (Raisya Nordin)
- 40 Hari Membunuh Dajjal (Fairul Nizam Ablah)
- Adam (Shafiz Mahmod)
Buku cerpen Dajjal Sebuah Antologi ni menghimpunkan 10 penulis yang membawa cerita mengenai Dajjal atau... boleh dikatakan Dajjal itu menjadi subjek atau perspektif tersendiri dalam penceritaan masing-masing (sebab ada yang tak ada kena-mengena dengan kewujudan Dajjal itu sendiri, jangan terpesong!).
Ada beberapa penulis yang aku pernah baca hasil karya mereka sebelum ni. Tak mengecewakan la sebab ada turun-naik bila baca cerpen-cerpen yang disediakan dalam naskah ni.
Meh aku review beberapa cerpen yang aku mampu. Cerpen Serigala, Revolver Dan Gadis Berambut Oren karya Azrin Fauzi. Tengok pada tajuknya, "Wow, macam familiar je stail tajuk dia ni! Takpe, baca dulu." Hasilnya membuatkan aku tersenyum lebar pasal aku suka stail cerita yang sebegitu. Kronologi yang bermain dengan minda kita. Yang penting, kreativiti penulis dengan bermain dengan imaginasi watak tu. Ada yang kepala tikus la, kepala gajah la, buaya bagai... tu semua kalau difikir semula, ada sub-text dan simbolik kat situ.
Cerpen Pengembaraan Jal Di Tanah Melayu hasil tulisan Rayza MukMin juga menarik perhatian aku di mana penulis menggunakan cerita/asal-usul Dajjal, berlatartempatkan di Tanah Melayu (yakni Malaysia la...), pastu ada pulak cameo dari cerita hikayat Melayu seperti Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan ramai lagi dan diselit sekali dengan unsur jenaka atau komedi dalam perbualan atau perkara yang berlaku sepanjang pengembaraan Jal bersama Ahmad Syafiq. Kreatif!
40 Hari Membunuh Dajjal oleh Fairul Nizam Ablah pula mengingatkan aku pada siri TV Dexter, tapi Dexter versi perempuan la (Dexteriah?). Kenapa? Sebab main character dalam cerpen ni memburu dan membunuh orang yang telah dicop sebagai 'kafir'. Selepas dia bunuh, dia kerat daging mangsa dia and bungkus dalam plastik hitam, campak dalam sungai. Aku suka dengan cerita dia.
Disebabkan cerpen-cerpen yang ada dalam antologi Dajjal ni telah dipilih dalam banyak-banyak cerpen yang dihantar, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua yang terpilih! Semoga korang dapat menghasilkan karya yang bagus lagi nanti.
No comments:
Post a Comment