Aku seorang, duduk termenung di tepi jendela. Sambil aku mendengar lagu melalui earphone dari mp3 player, aku melihat hujan turun. Lebat. Di ribaku ada seekor anak kucing berwarna oren berbelang putih terbaring, tidur. Anak kucing lincah ni mungkin penat setelah berlari berkejaran bersama adik-beradiknya yang lain. Ada lagi dua ekor anak kucing terbaring tidur di penjuru dinding, berlonggok di situ. Sejuk mungkin. Aku juga yang terduduk di sini, termenung. Entah apa yang perlu aku fikirkan.
Dalam kepala ni, terlalu banyak yang perlu difikirkan. Bil, sewa, duit minyak dan tol, duit simpanan, insurans.. haduyai. Kenapalah gaji bulan ni terasa macam cepat je habis? Aku mula terpandang sangkar kucing, betul-betul kat depan aku. Baru-baru ni, aku beli sangkar, makanan, mainan kucing dan beberapa kain untuk dijadikan alas anak-anak kucing itu tidur. Takpe la. Bulan ni je, bulan depan okay la kot.
Berapa lama harus aku tunggu kata setuju kamu.
Kau biar aku menanti pilu.
Kau diam bisu buat aku keliru, mana tuju hatimu.
Usah biarku resah menunggu.
Raut wajahmu bisa ditelahku, kau masih belum tentu.
Apa ada rasa dalam hatimu.
Datang padaku cerita padaku, ungkapkan rasa itu.
Apa saja buat hilang ragumu.
Sesungguh tak kau tahu, diriku ada kamu.
Akanku relakan semua ada ku untukmu.
Mungkin bila kau tahu.
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu.
Setiap bait kata lirik itu dihayati. Teringat pada keperitan hatinya setelah ditinggalkan oleh orang yang dicintai. Air mata mengalir, dan menitis lalu gugur ke atas telinga anak kucing yang tidur di atas ribanya. Monolog dalaman berbicara. 'Aku tiada siapa lagi. Hanya kau.' Sambil mengusap kepala kecil anak kucing itu. Satu-satunya pengubat dukanya ketika ini. Tiga ekor anak kucing yang sering menemaninya tak kira suka atau duka. Tak seperti orang sekelilingnya yang hanya mahu bersuka-ria bersama, tapi bila sudah susah? Apa pun tak boleh harap. Haih~ aku menoleh pandanganku menghala pada rintik-rintik hujan yang jatuh ke tanah.
Sedang aku termenung ke arah luar, anak kucing di riba aku itu menggeliat. Comel. Aku sengaja menggeletek perutnya yang bulat itu. Nyaaauuuww... anak kucing itu mengiau. Halus je bunyi dia. Dia menguap. Dan menggeliat lagi. Dan kemudian, dia duduk di atas riba, memandangku dengan mata sinarnya. Dialog luaran aku pula berkata, "Sayang lapar ya?". Aku terus mendukung anak kucing itu dan membawanya ke arah mangkuk makanannya. Ada sedikit lebihan makanan di dalamnya. "Tunggu sini kejap ye. Aku tambahkan sikit makanan kau." Aku terus mengambil makanan kucing yang di dalam tin tu. Mencedok sikit masuk ke dalam bekas makanannya. Dan mencampur segenggam biskut makanan kucing untuk digaulkan bersama makanan basah tadi.
Sedang aku menggaul makanan itu, datang lagi dua ekor anak kucing yang lain. "Lapar jugak ye? Makan tau." Aku mengusap-usap kepala ketiga-tiga anak kucing itu. Kesian... kecik-kecik camni lagi mak diorang dah takde. 'Biar aku jaga korang sampai besar, eh!' Aku pun berlalu pergi sebab... aku pun lapar. Nak makan.
No comments:
Post a Comment