Assalamu'alaikum, salam sejahtera!
Korang dah baca novel Zombijaya belum? Kalau belum, TOLONG! Tolong beli, dan baca novel tu sekarang. At least, bila korang dah baca novel tu, korang dapat bandingkan antara baca novel dengan tengok movie tu nanti. Kalau ikutkan teori adaptasi novel ke movie, storyline akan diambil antara 60%-80% dari konsep asal.
Terus-terang, aku tak tau apa-apa pasal skrip or jalan cerita or anything about the movie. Adib memang tak bagitau dan aku pun tak nak tau sebab aku taknak bagi spoil apa-apa pasal movie ni. Apa yang aku tau? Hehe... aku cuma tau a few dialogues yang Adib selalu cakap semasa skrip ni disiapkan.
#1 "Pukul berapa ni sayang? Mengantuk nya~ leh tak nak tido lagi? Malasnya nak bangun~". Kalau kacau orang tengah mamai ni memang best! Sure merepek meraban punya~
#2 "Malas nak pegi meeting.. penat~" Bajet macam budak taknak gi sekolah, camtu la~
#3 "Mandi? Lupa la.. Malas sebenarnya." Kalau aku ada kat sebelah dia, memang aku siram je air sejuk kat dia ni! Tengok dia rajin ke tak nak mandi.
#4 "Hani tipu... kata minum kopi leh hilang mengantuk~ bla bla bla." Haih, aku gak kena eh. Aku sendiri tak minum kopi, acane?
#5 "Sayang la ni... mulut masin. Kan e-mel dah masuk. Tamau cakap camtu dah lepas ni." Yela.. yela.. aku makan gula banyak-banyak lak lepas ni kasi mulut manis pulak, okay?
Disebabkan ni first time aku temankan Adib tulis skrip sampai ke sudah, aku rasa a lil bit funny, kesian, and happy. Lepas ni, dah tak rasa camtu lagi (walaupun sekarang ni Adib dah mula dapat job tulis skrip sikit-sikit). Bila FIXI dah announced pasal movie Zombijaya ni, aku rasa rindu lak. Rindu nak kenakan Adib. Rindu nak dengar Adib mengadu itu ini. Rasa macam baru semalam Adib tanya aku mana yang sesuai untuk nama itu nama ini. *sigh*
No comments:
Post a Comment