Salam!
Semalam, lepas je lepak kat Kuala Lumpur Writers & Readers Fest (KLWRF) kat Perpustakaan Kuala Lumpur, aku dan kawan-kawan #idebewe terus ke Stor Teater di Dewan Bahasa dan Pustaka. Melayan teater Kotak Hitam.
Kotak Hitam adalah mengisahkan seorang lelaki yang hidup sendirian bernama Mamat (Aloy Paradoks) yang begitu obses dengan televisyen. Dia tidak mempunyai rakan melainkan televisyen yang sentiasa memberikannya hiburan. Pada suatu hari, dia mendapati sesuatu yang ganjil berlaku pada televisyennya. Seseorang dari dalam televisyen mula berinteraksi dengan Mamat dan membuatkan Mamat berasa hairan.
Lama-kelamaan, Mamat mula berasa selesa dengan seseorang dari dalam televisyen dan menjadikannya sebagai sahabat karib. Mamat menjadi semakin intim dan tidak boleh hidup tanpa televisyen yang ajaib itu. Sehingga pada satu kejadian, Mamat dihantui satu mimpi dan menyebabkan hubungan mereka terjejas. Apakah mimpi buruk itu? Apakah yang terjadi pada hubungan Mamat dan peti televisyen ajaib itu? Mampukah Mamat hidup tanpa peti televisyen? - sinopsis penuh diambil dari pamphlet Kotak Hitam.
Kotak Hitam ni telah ditayangkan pada 15-18 November 2012. Ini adalah teater kedua yang aku layan yang diarahkan oleh Fasyali Fadzly. Sebelum ni, aku pernah melayan teater arahan beliau iaitu Kawan Kawan Yang Kita Suka pada September yang lepas.
Sejujurnya aku tak pernah tengok Kotak Hitam versi 1.0. Haha kenapa aku tulis 1.0? Sebab sebelum ni Kotak Hitam buat pertama kali telah dipentaskan pada tahun.... aku pun tak tahu. Tapi dengan Kotak Hitam versi baru ni, ia telah diberi nafas baru dan diselitkan dengan pelbagai unsur jenaka yang fresh dan ia sampaikan dengan gaya yang bersahaja.
Kotak Hitam memang banyak buat aku ketawa. Mungkin ada yang pelik, tapi ada di antara perbuatan atau percakapan Mamat tu adalah inside jokes bagi aku dan kawan-kawan Idebewe. Orang lain takkan faham, itu pasti. Keseluruhannya, ia menghiburkan. Dengan gaya bersahaja Aloy, semua orang mampu mengikut rentak lakonannya.
Di sebalik babak sedih yang berlaku dalam masa 10 minit, tak dinafikan aku memang menangis sebab aku dapat rasa sebak ketika Mamat yang kehilangan rakan 'peti televisyen'nya. Dan... aku nampak Aloy sangat comel ketika itu. Mental image~ mental image~ haha!
Secara peribadi, aku nampak mesej Kotak Hitam yang mahu diri kita percaya pada diri dan orang sekeliling. Ia mahu kita yakin dengan diri kita. Dan ia mahu kita tahu walau sebesar mana masalah yang ada, kita masih ada teman untuk kita bercerita. Hah, semua dok kena batang hidung sendiri. Baguih! :D
Terima kasih buat Aloy Paradoks kerana memberikan kami lakonan yang memberangsangkan, dan yang sangat comel :p buat Fasyali Fadzly juga agar dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu sebegini di lain masa. Serta buat Fazleena Hishamuddin kerana menerbitkan hasil ini untuk dipersembahkan kepada kami semua. Tahniah!
1 comment:
hoo leeza terlewat membacanya. kalau tak mmg serbu dah ...
Post a Comment