Aku adalah seorang budak yang aktif semasa kecil. Aku berlari ke sana ke sini. Sampai kena marah dengan Tok dan Wan. Moyang hanya mampu melihat aku berlari, kerana faktor usianya yang sudah lanjut. Walaupun aku aktif, tapi aku perlu menjaga kesihatan aku yang ketika itu, aku mengidap asthma kronik. Budak kecil, masih naif tentang penyakit yang dihidapi. Jadi aku terus berlari, terus aktif.
Lelah aku kerap datang. Asal lari sikit je, tak sampai 10 meter, aku semput. Jadi, Mama buat inisiatif secara kreatif dengan menyangkut botol inhaler tu seperti sangkut lastik di leher. Mama kata, kalau aku terasa semput berlari nanti, aku boleh sedut terus inhaler tu. Sekadar first-aid yang paling dekat dengan aku. Kemudian, aku berlari lagi.
Satu hari, moyang ku yang sedang duduk dikerusi malas di depan rumah memanggil aku. "Baby Mira! Mai sini sat. Wan nak sembang-sembang sat dengan cicit Wan ni."
Jadi, aku pun mampir dekat dengan moyang ku. Aku duduk di pangku ribanya. Dengan lagak dan eksperi muka yang innocent, aku bertanya, "kenapa Wan? Mira nak main kejar-kejar lagi..." Rengek aku.
"Wan nak tanya sikit, apa yang dok sangkut kat leher macam lastik tu? Wan tak pernah tengok aih~"
"Ni ubat la Wan. Kasi sedut. Kan Mira sakit." Kata aku sambil memberikan Wan membelek inhaler tersebut.
"Kalau sakit, Baby Mira kena la rehat. Toksah dok lari sangat aih. Satgi lagi sakit."
"Ala, kejap je Wan. Nanti malam Mira tak lari dah." Rengek aku lagi.
"Tak mau dok lari-lari sangat noo. Tak mau kasi jatuh." Moyang ku mengukir senyuman yang manis.
Aku pun turun dari ribanya dan terus berlari lagi....
Satu kenangan aku bersama moyang yang aku takkan lupa. Arwah baik walaupun muka nampak garang kerana arwah orang Bugis. Kini hampir 20 tahun aku membesar tanpa arwah. Dan aku masih berharap pada inhaler jika aku semput. Dan sekarang... aku tidak perlu berlari seperti dulu.
P/S: Sampai sekarang aku dok aktif lagi, tapi takde la sampai berlari sana sini, still ada orang yang marah sebab takut aku semput. Terima kasih bagi yang prihatin. Janji tak sakit :)
No comments:
Post a Comment