Thursday, August 05, 2010

Berpisah dengan hamsters | Berjuang di Terengganu

Hari Jumaat ni aku dan kawan-kawan akan bertolak ke Terengganu untuk join satu competition yang akan diadakan di UiTM di sana. Perasaan? Gementar, bangga, cuak, semua ada! Tapi yang tak bestnya, aku kena berpisah sementara dengan hamsters aku. Esok pagi, Abang Romi akan datang ke rumah sewa aku untuk ambil semua hamsters aku. Kak Lisa akan jaga hamsters tu sampai la aku balik hari Ahad nanti. Tapi aku tak tau la sampai Shah Alam nanti pukul berapa.

Kami ada competition tu hari Sabtu. Tapi kitorang kena stay kat sana sampai Ahad sebab budak-budak programming ada competition pada hari Ahad pula. So nak tak nak, kena la tunggu diorang sampai habis sebelum bertolak balik ke Shah Alam.
Kami dah buat semua shooting, rangka kerja, dan storyboard. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun kami dapat semua info tu last minute. Kepada semua yang seangkatan aku; Beyla, Ezza, Addy, Faiz dan Syed; buat yang terbaik! Buat budak-budak programming, erm.. good luck jela!

Ok la.. mau beristirehat dan bergurau dengan hamsters puas-puas sebab lepas ni ada la dalam lima hari aku tak dapat jumpa budak-budak comel tu. Wish us will be okay there, okay?

No comments:

This is Hani