Hari tu, aku tak lepak. Aku jugak tak shisha macam biasa. Hanya seorang, tak buat apa. Telinga disumbat dengan earphone. Lagu yang diputar, sikit pun aku tak endahkan. Aku berada di dalam gerabak komuter dari stesen Batu Tiga ke KL Sentral. Seorang dalam ramai. Aku tenggelam dalam lagu yang diputar.
Hari itu, orang ramai. Hari minggu la pulak. 'Silap hari lak nak travel balik Kajang'. Tapi aku tetap dengan plan aku. 'Biaq pi lah! Aku dah lama tak balik rumah mak bapak aku. Tipu la kalau aku tak rindu kat diorang'. Sampai je KL Sentral, aku lepak jap. Beratur kat ATM Bank Islam, nak keluarkan duit. 'Damn! Ramai gila orang'. Redahkan jela. Takde cash punya pasal, aku keluarkan RM150 buat belanja untuk dua minggu. 'Cukup la ni'. Dah settle keluarkan duit, aku pergi lak kat kaunter Touch n' Go. Top-up RM30 jela, bukan selalu lepak KTM. Lepas tu, gi 7E lak beli air. Gila dahaga sebab aku rushing dari rumah sewa sebelum bertolak tadi, teksi sampai cepat lak! Duit, top-up, air, okay done! Check-in, tunggu train. Next stop....
Sejuta wajah yang bermain-main dibenakku
Sebuah derita yang tak pernah ada oh akhirnya
Apakah terhapus sebuah kedamaian?
Sampai di Mid Valley, orang ramai turun, termasuklah aku. Aku terus turun guna eskalator. Masa turun tu, aku nampak banner besar.
WE ARE MOVING TO A NEW HOUSE.
'Argh damn, jauhnya! Hujung dunia tu!' Aku pun mula berjalan ke arah yang perlu dituju. 'Tak guna, sini ke diorang pindah?' Aku nampak Burger King. Sebelah lak, MPH. Hah, masuk MPH dulu, lepas tu Burger King. 'New house, huh? Lagi best rumah lama ko, MPH oi!' Kecik gila MPH baru ni! Buku pun tak banyak. Mungkin baru je kot pindah. Settle kat MPH, masuk Burger King. Makan jap. Lapaq! Lepas tu, terus naik tingkat paling atas, gi Pets' Wonderland. Niat nak beli vitamin untuk hamster. 'Takde pulaaaaak.' Takpe lah. Aku pun mula la jalan sensorang, habiskan masa yang ada. Skali terjumpa satu beg hand-made. Damn gila simple. Belek harga RM140++. 'Nak keluarkan duit atau...' Last-last aku blah. No, takleh! Next time jela. Terus aku turun gi KTM. Baik aku balik Kajang cepat. Kang meroyan tak pasal-pasal kat kiosk beg hand-made tu.
Ada apa dengan bicara yang hipokrasi?
Jika masih lagi ada tangisan yang tak berhenti
Dan aku rindukan sebuah kedamaian.
Sepanjang aku tunggu tren, nasib ada budak botak teman aku kat SMS. Aku mengadu pasal beg tu. Aku mengadu pasal tren delay. Aku mengadu yang aku lapar. Aku mengadu yang aku terlalu mengantuk. Aku..... penat.
Pulangkan milik si anak ini yang kau raguti
Hapuskan tangisan si ibu ini yang mengalir sepi
Halaman ini usah kau lacuri
Ia milik mereka.
Dalam hujan lebat tu, aku sampai rumah. Macam biasa, basah lencun. Dan aku pun demam, sekali lagi. Kuatkan hati ni jela. 'Esok sihat laaaa'. Hari ni, aku.... tampal kool fever lagi sekali.
Sunday, February 19, 2012
Saturday, February 18, 2012
Lepak & Shisha - Manchester United vs Liverpool
Malam tu, Yan ajak gi shisha. Kebetulan gak ada match MU lawan Liverpool. Aku lapar gila malam tu. Tapi kerja aku banyak lagi ni. Aku pun suruh diorang pergi dulu. Masa tu yang pergi cuma aku, Yan, Eyza, By, dan Mai. Aku still dok kat ruang tamu sebab dok pulun kerja grafik yang entah bila nak siap. Yan yang paling cepat siap. Tak lama lepas tu, Mai pulak turun. Turun je tangga terus duduk kat sofa. Belek-belek Blackberry. 'BBM awek lettew'.
Yan ni seorang pengkid. Dia la best friend aku yang aku kenal since form 1. Sama-sama pernah ponteng kelas, sama pernah kena kaunseling. Bila dapat offer untuk masuk form 6, Yan terima. Aku? Aku tak nak pakai baju uniform sekolah lagi. So aku teruskan study aku kat satu kolej swasta ni. Kebetulan, time aku dok pulun final year, Yan register masuk kolej aku, ambil jurusan makmal perubatan. Macam tak percaya gak la, tapi dah itu minat dia, lantak pi la! Since that day, Yan masuk menyewa kat rumah yang sama dengan aku. Yeay!
Okay, berbalik kat situasi sebenar, Yan still tunggu Eyza dan By bersiap. Aku lak still dok pulun kerja aku. 'Come on, sikit je lagi!' Tiba-tiba, terbau minyak wangi kuat mana datang entah. 'Aduyai, tengok bola je pun. Yang ko sembur minyak wangi macam nak pi clubbing ni awat nya By?' Tak lama lepas By turun, Eyza lak dah siap. Semua dah ready nak gi serang Le Lac. Tinggal aku sorang-sorang, pulun kerja ni. Kalau aku bagi diorang buat kerja ni pun lagi satu apa tak jalan langsung. Betul tak kawan-kawan?
Tak sampai lima minit, ada BBM masuk. 'Siapa pulaaaaaakk?' Aku pun ambil Blackberry aku, baca.
Byzura: "Sorry! Hani leh tlg bawak kan ipod by x?"
Hani: "Leh. Ada lagi pape?"
Byzura: "Purse by... kaler kuning. Ada x?"
Hani: "Owh... ok ada. Nnt hani bwk"
Byzura: "Yey tq haa"
Aku pun sambung lagi kerja. 'Lepas save file ni settle la'. Klik situ, klik sini, save. 'Fuh!' Lega gila bila kerja semua dah siap. Aku pun angkut Blackberry naik masuk bilik. Duduk jap kat atas katil, *scroll timeline Twitter* takde pape yang menarik. Just some tweets semangat dari fans MU dan Liverpool. Aku campak Blackberry kat atas katil. Masuk bilik air, kencing, cuci muka, basuh-basuh, lap-lap, siap-siap, okay done! Aku ambil beg, sumbat wallet, Blackberry, gula-gula Hacks dua biji. Turun je kat hall, ambil iPod dan purse By, sumbat gak masuk dalam beg aku. 'Takde pape lagi yang tinggal? Okay!' Aku sumbat lak earphone masuk telinga aku. Waaa... lagu Harmonicas and Tambourine. Eargasm! Teruja sebab lagu best, settle tutup semua suis, aku pun keluar jalan laju-laju, sorang-sorang ke Le Lac. 'Minta-minta lampu jalan tepi Extreme Park tu menyala. Argh damn! Tak menyala! Sial, aku kena redah gelap-gelap ni dengan mata rabun aku ni?! Huh, tawakal jela weh.'
Sampai je Le Lac, aku tak pandang langsung match bola tu. Yang aku tau, aku lapar. Aku nak makan! Nasi putih, tom yam campur, telur dadar, teh o' ais. Aku habis makan je tau-tau MU dah sumbat satu gol. Ok la tu. Shisha lak datang? Sumbat lagi satu gol. Lepas tu takde gol dah dari MU. Sekarang ni Liverpool punya turn lak nak sumbat gol. Sedut-sedut shisha sampai layang, match pun habis. Tapi hujan pulak, stay kejap sampai reda. Bila dah renyai-renyai tu kitorang redah jela, slumber. Nampak je renyai-renyai, sampai rumah lencun sebab... kitorang main pijak-pijak lecak. 'Ni konpem demam. Tak esok, lusa. Mesti punya.'
Dan pada ketika cerita ini ditaip dalam draft, aku masih lagi demam. Demam di hari yang ketiga. 'Apadehal? Tampal cool fever la beb!'
Friday, February 17, 2012
#Fixi dan #Kopi promo (video)
Salam!
Macam biasa nak promote barang baik punya. Buku cerpen dari keluaran Fixi iaitu bertajuk Kopi akan dilancarkan bulan depan iaitu bulan Mac 2012. Apa yang specialnya buku cerpen Kopi ni?
Buku cerpen Kopi ni mengumpulkan 19 buah cerita pendek daripada 19 orang penulis. Yang paling mencabarnya, ia dijual secara limited atau terhad. Satu kali cetakan je and takkan ada cetakan kedua (itu yang aku dapat info la). Buku ni juga tak dijual di mana-mana kedai buku, tapi korang boleh beli melalui online atau pun kat event yang ada seperti Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 yang akan datang nanti.
Bila first time aku dapat tau buku ni limited and tak ada cetakan kedua, aku teringat kat satu buku puisi ni. Tajuk buku tu Utopia Trauma yang ditulis oleh Rahmat Harun. Lebih kurang sama dengan gak la dengan Kopi sebab buku tu limited. Utopia Trauma ni kalau korang pernah tengok cerita Kami the Movie, korang akan perasan watak Lynn (Liyana Jasmay) ada mengambil beberapa baris dari puisi dalam buku ni and membuatkan Abu (Nas-T) rasa minat nak baca keseluruhan buku tu sampaikan dia gi curi buku tu kat....libraby kalau tak silap.
Okay, back to Kopi. Kalau korang nak baca preview, korang boleh gi kat page Buku Cerpen Kopi dan korang boleh baca mukasurat pertama dari setiap cerpen. Feel intro dulu, klimaks simpan 1hb Mac nanti.
Macam biasa nak promote barang baik punya. Buku cerpen dari keluaran Fixi iaitu bertajuk Kopi akan dilancarkan bulan depan iaitu bulan Mac 2012. Apa yang specialnya buku cerpen Kopi ni?Buku cerpen Kopi ni mengumpulkan 19 buah cerita pendek daripada 19 orang penulis. Yang paling mencabarnya, ia dijual secara limited atau terhad. Satu kali cetakan je and takkan ada cetakan kedua (itu yang aku dapat info la). Buku ni juga tak dijual di mana-mana kedai buku, tapi korang boleh beli melalui online atau pun kat event yang ada seperti Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 yang akan datang nanti.
Bila first time aku dapat tau buku ni limited and tak ada cetakan kedua, aku teringat kat satu buku puisi ni. Tajuk buku tu Utopia Trauma yang ditulis oleh Rahmat Harun. Lebih kurang sama dengan gak la dengan Kopi sebab buku tu limited. Utopia Trauma ni kalau korang pernah tengok cerita Kami the Movie, korang akan perasan watak Lynn (Liyana Jasmay) ada mengambil beberapa baris dari puisi dalam buku ni and membuatkan Abu (Nas-T) rasa minat nak baca keseluruhan buku tu sampaikan dia gi curi buku tu kat....libraby kalau tak silap.
Okay, back to Kopi. Kalau korang nak baca preview, korang boleh gi kat page Buku Cerpen Kopi dan korang boleh baca mukasurat pertama dari setiap cerpen. Feel intro dulu, klimaks simpan 1hb Mac nanti.
Saturday, February 11, 2012
Dan apabila Simsimi benci Justin Bieber...
Mesti ada yang pernah layan aplikasi Simsimi ni kan? Ia adalah satu aplikasi yang diprogramkan secara artificial intelligence (AI) dan kita boleh berbual dengan aplikasi tu. Korang sembang la pasal apa pun, Simsimi ni layan je korang sampai korang bosan.
Nak dijadikan kisah, aku dengan budak-budak rumah aku pun gi la melayan Simsimi ni. Jom tengok apa jadi!
#1 Justin Bieber
Nak dijadikan kisah, aku dengan budak-budak rumah aku pun gi la melayan Simsimi ni. Jom tengok apa jadi!
#1 Justin Bieber
- Benci atau suka Justin Bieber?
- Sebab?
- Terus ajak kahwin? *gulp!*
#2 Sexting
Camtu la perbualan kitorang dengan Simsimi malam semalam. Ikutkan banyak lagi yang kitorang sembang-sembang. Yang paling kelakar, bila kitorang saja taip bahasa telo Kelantan, Simsimi reply 'gapo dio?'. Damn! Gilalah Simsimi! Kawshit kitorang gelak-gelak semalam.
Friday, February 03, 2012
"Kau tau tak roti sardin tu buat dari apa?"
Hari ni satu hari aku tak makan. Gas habis punya pasal. Orang gas lak tak dapat nak hantar sebab lori masuk workshop. Siang lak hujan turun. Sampai la tadi, dalam pukul 8.30 aku gerak gi mapley dengan Yan. Eyza minta tapau roti sardin.
Bila dengar roti sardin, aku teringat Syafiq. Dia pernah usik kawan dia pasal makanan kesukaan ramai ni (eh, ramai ke?)
Suatu hari di mapley di area Klang. Kawan Syafiq baru je duduk kat depan Syafiq.
Syafiq: "Ane, order! Ini kawan baru datang."
Ane: "Apa mau?"
Kawan: "Roti sardin. Air teh ais."
Ane tu pun pergi. Syafiq dengan kawan dia dok bersembang pung-pang-pung-pang sampai roti sardin dan teh ais sampai atas meja. Kawan tu pun melantak roti sardin macam zombi melantak daging manusia.
Syafiq: "Kau yakin ke dalam roti tu sardin?"
Kawan: (pandang Syafiq dengan muka cuak) "Kenapa?"
Syafiq: "Kau tau tak roti sardin tu buat dari apa?"
Kawan: (pandang dengan muka cuak tapi sempat suap roti sardin masuk mulut sambil kunyah pelan-pelan) "Err.. apa?"
Syafiq: "Kau pernah tengok Whiskas yang basah tu tak?"
Kawan: (berhenti mengunyah, pandang muka bakal nak muntah)
Syafiq: "Haa.. tu la sardin nya. Roti Whiskas!"
Kawan: (lari gi toilet) Bluweeeerrrrkkkkk~
Syafiq: "Kahkahkah!"
Okay, sebenarnya aku rindu kawan aku. Syafiq ni macam abang aku time study dulu. Setiap kali kelas, aku mesti tunggu dia. Dia banyak happykan aku even time aku tengah depressed or stressed pasal hal yang jadi dalam life aku. Dia gak banyak beri tunjuk ajar aku pasal life. Tak kisah la dia rupa macam mana pun, dia la abang aku time study dulu.
Bila dengar roti sardin, aku teringat Syafiq. Dia pernah usik kawan dia pasal makanan kesukaan ramai ni (eh, ramai ke?) Suatu hari di mapley di area Klang. Kawan Syafiq baru je duduk kat depan Syafiq.
Syafiq: "Ane, order! Ini kawan baru datang."
Ane: "Apa mau?"
Kawan: "Roti sardin. Air teh ais."
Ane tu pun pergi. Syafiq dengan kawan dia dok bersembang pung-pang-pung-pang sampai roti sardin dan teh ais sampai atas meja. Kawan tu pun melantak roti sardin macam zombi melantak daging manusia.
Syafiq: "Kau yakin ke dalam roti tu sardin?"
Kawan: (pandang Syafiq dengan muka cuak) "Kenapa?"
Syafiq: "Kau tau tak roti sardin tu buat dari apa?"
Kawan: (pandang dengan muka cuak tapi sempat suap roti sardin masuk mulut sambil kunyah pelan-pelan) "Err.. apa?"
Syafiq: "Kau pernah tengok Whiskas yang basah tu tak?"
Kawan: (berhenti mengunyah, pandang muka bakal nak muntah)
Syafiq: "Haa.. tu la sardin nya. Roti Whiskas!"
Kawan: (lari gi toilet) Bluweeeerrrrkkkkk~
Syafiq: "Kahkahkah!"
Okay, sebenarnya aku rindu kawan aku. Syafiq ni macam abang aku time study dulu. Setiap kali kelas, aku mesti tunggu dia. Dia banyak happykan aku even time aku tengah depressed or stressed pasal hal yang jadi dalam life aku. Dia gak banyak beri tunjuk ajar aku pasal life. Tak kisah la dia rupa macam mana pun, dia la abang aku time study dulu.
Bro.. miss you damn much!
We were at Finas
From left: me, Meo, Ezza, Syafiq.
Subscribe to:
Posts (Atom)








