Thursday, December 01, 2011

Tips Meniru Dalam Ujian yang Berjaya

Salam!

Sebenarnya saja je aku tulis tips, sebab aku nak cerita pengalaman aku sepanjang aku belajar suatu ketika dulu. Malam tadi aku lepak dengan kawan-kawan aku kat Senyap Hub Extreme Park 13 Shah Alam. So kat situ la bermulanya cerita tentang meniru ni. So, ni la hasil yang kitorang kumpul sepanjang malam kitorang lepak tu.

#1 Bawa 'Toyol' 
Ni bukan toyol yang curi duit tu. Toyol yang aku maksudkan ni nota kecil. Tulis la kat mana-mana yang korang rasa selamat. Selalunya mesti la orang buat kat atas kertas kan. Tapi aku rasa kalau atas kertas mesti orang dah tau taktik tu. Aku pernah tulis 'toyol' kat atas tisu. Buat bajet macam lap peluh la konon. Tapi kat tisu tu la aku letak 'toyol'. Kemain banyak ilmu kat atas tisu tu. Ada sorang kawan aku ni pakai duit seringgit. Haih punya kreatif short notes kita tulis masa tu kan.

#2 Isyarat atau Body Language
Yang ni memang selalu sangat berlaku bila ujian. Ada yang tergaru sini, tergaru sana. Tergeliat sini, tergeliat sana. Ada yang secara sengaja, atau pun tak sengaja. Lawak sangat bila dapat tengok semua tu, sebab aku banyak kali duduk kat belakang bila exam. So banyak la drama body language ni yang aku nampak. So, A=garu muka, B=urut kepala, C=menguap, D=mengeliat, ok?

#3 Surat Layang
Okay, ni bukannya surat layang yang jiwang-jiwang, ugut-ugut tuh. Contohnya yang pernah berlaku kat aku, kawan belakang aku nak pinjam pemadam, aku yang blur tu pun hulur la pemadam kat dia. Bila dia bagi balik pemadam tu sekali aku tengok ada memo terlekat kat pemadam aku tu. Kemain lagi tanya dua tiga soalan. Ada gak yang pinjam pembaris, tak pun reload lead pensel tekan tu sebagai 'pengantar'. Pergh, dah macam santau je kan haha!

#4 Tukar Kertas Jawapan
Ini time aku kolej aku pernah buat, haha! Lawak gila. Asal lecturer pandang tempat lain or leka je, kitorang cepat tukar kertas jawapan. Siapa yang siap dulu tu la yang kesian sebab kertas dia yang jadi mangsa. Laju je tangan tu menulis jawapan ringkas. Ada gak yang salin bulat-bulat. Itu tak patut! Tapi masa tu memang masa tu la yang paling seronok!

#5 Ambil Syif Hafal Nota 
Ini terbaik dan hampir bagus la dengan cara ni. Sebab dengan cara ni kita bukan takat membaca tapi kita gak dapat hafal, walaupun sikit. Dulu aku dengan kawan-kawan kelas aku time kolej camni la. Sorang ambil satu sub-topik, hafal, nanti kalau soalan keluar, tanya je kat empunya topik tu. Senang kan?

#6 Siap, Letak Tepi 
Ini niat semata-mata nak tolong kawan sebelah je. Haha! Dulu ramai yang tengok kertas aku sebab aku left-handed writer. So apa yang aku tulis terus budak-budak lain leh nampak. Dah siap je satu page, terus letak tepi. Kalau agak-agak budak sebelah tak nampak, kasi paper tu tergantung kat tepi meja bajet macam tak cukup ruang nak menulis atas meja tu, haa kan kau dah boleh nampak jawapan tu!

#7 Ambil Gambar
Apa guna handphone ada kamera canggih kalau tak digunakan dengan baik? Haha! Ni kalau dah last minit nye kuiz memang aku on kamera handphone, amek gambar kasi tatapan untuk kuiz atau ujian je. Terdesak beb! Siapa suruh buat kuiz mengejut kan? So amekaw!

#8 Search Google!
Ini agak kejam la sebab masa tu aku dan kawan-kawan ada kuiz kat dalam computer lab. Computer tu pulak ada internet connection. So aku dan kawan-kawan agak terdesak sebab masa tu subjek yang kuiz tu tak ada nota tetap, dan yang paling bengang nya, soalan dalam tu tak pernah kitorang dengar terms tu. So, taktik kotor.. shall we?

#9 Khidmat Pesanan Ringkas
Ini mungkin tak ramai yang buat sebab memerlukan kos, duit, untung dan rugi. Kenapa? Sebab memerlukan kerjasama dari pihak sebelah sana juga la, maksud aku si pembantu tak bertauliah tu. Pernah sekali tu aku dah terdesak sangat, aku SMS cikgu aku time aku Form 4 dulu semata-mata nak dapatkan jawapan untuk subjek Pengajian Malaysia. Eh susah tahu! Aku tak suka subjek yang banyak hafal-hafal ni, huh!

#10 Cara Paling Suci
Baik korang study betul-betul. Hafal nota, rajinkan diri buat latihan, buat studygroup untuk share soalan dan jawapan. Apa guna korang buat loan PTPTN, MARA, PETRONAS, atau private tu kalau korang tak study betul-betul? Tak salah jadi skema atau nerd untuk ilmu, kan?
Apa-apa tips yang aku bagi ni, korang jangan la ikut kecuali yang nombor 10 tu. Aku tak kisah la kalau korang nak guna cara yang aku pernah guna ni time kuiz atau ujian bulanan. Tapi time mid-term atau final exam jangan la korang buat camni, okay? Time exam besar, kita kasi clean kita nye attitude.

Novel Review: Kougar

Salam!

Dah masuk bulan Disember la weh! Satu per satu novel dari terbitan FIXI ni aku settle baca. Ni novel ketiga aku baca. Memang aku tak ada kerja lain kat tempat kerja, selain layan customers, mesti aku dok baca novel. Overall, dalam bulan November ni je, dah 6 novel aku habiskan. Gila camne aku leh baca laju sangat ni weh?

Penulis: Shaz Johar
322 mukasurat
Harga: RM 20
Cetakan Pertama: Mei 2011
Sinopsis: Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.
Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
Rating: 

Kenapa Kougar? Kenapa tak kuda belang ke, atau kucing hutan? Okay, kougar yang dimaksudkan penulis bukanlah haiwan kougar tu. FYI, kougar tu spesis haiwan yang menyerupai singa betina. Juga dikenali sebagai puma atau singa gunung. Tapi... bukan tu tau! Kougar yang dimaksudkan penulis novel adalah golongan wanita yang sudah berumur yang suka keluar atau berpacaran dengan lelaki yang masih muda. Tak pun berpacaran dengan wanita yang lebih muda darinya, in case kalau si kougar tu lesbian la kan. Ala-ala sugar-mummy yang mencari anak ikannya la. Faham kan?

Jalan cerita dia simple, tapi disebabkan watak utama novel ni agak banyak cabaran dan dugaan yang dia kena lalui satu per satu, so novel ni agak berat sikit la bagi yang tak biasa dengan cerita macam ni. Perkara macam dalam perceritaan novel ni ada yang berlaku kat sekeliling kita. Normal la tu. Orang yang tak ada life je tak nampak semua ni.

Tapi jangan terkejut kalau apa yang berlaku kat watak utama novel ni pun akan berlaku pada wanita muda. Sebab aku banyak bergaul, dan aku nampak semua tu depan mata aku sendiri. Ada yang lagi teruk. Tapi tu tak payah la kita cerita, buat aib je kan. Yang penting, jaga diri. Jangan nak tau enjoy je nanti risau kalau badan kita lak yang binasa.

P/S: Penulis novel Kougar ni ada tulis novel tajuk Tabu, juga mencerita watak bernama Kisha. Selain tu, korang boleh gi ke SINI untuk baca cerpen Muslim 2061 secara interaktif. Nice kan? Selamat membaca!

Monday, November 28, 2011

Kali Pertama

Kali pertama berjumpa, tika itu rambut kau masih panjang. 
Aku tidak kenal kau. Dan kau mula bicara. 
Segalanya bermula pada saat itu. 

Kali pertama kau kemalangan, kau telefon aku. 
Aku ketawa tidak percaya. 
Dan kau marah, tidak bercanda. 
Kali pertama aku teman kau berjumpa kawan,
aku berkenalan dengan mereka. 
Kita mesra terlalu cepat. 
Kemudian, ia hilang dibawa masa. 

Kali pertama berjumpa keluarga kau, 
aku tidak bersedia. 
Hati gugup, tidak keruan. 
Aku hilang dalam mainan minda yang ku cipta. 

Kali pertama kau ungkap kata cinta, 
aku tidak percaya. Kau bergurau, bukan? 
Akhirnya, semua tersurat menjadi realiti. 

Kali pertama kita berjauhan,
kau mula gila bayang. 
Surat cinta melayang masuk ke peti surat ku. 
Bertimpal-timpal, bertalu-talu banyaknya. 
Pertama kali aku kau maki, 
aku terdiam tidak bergerak. 
Masa bagaikan terhenti disekeliling ku.
Kau pujuk tangisku. Kita bersatu semula. 

Kali pertama kau nekad meninggalkan ku, 
separuh jiwa ku hilang kau bawa pergi. 
Mata ku mengalir sungai lesu. 
Dan aku berlalu pergi, takkan menoleh lagi. 

Kali pertama tanpa kehadiran kau, 
hati ku menjerit menderita. 
Kau sukar ku lupa. Aku kena kuat! 
Bangkit dari lena ini untuk terus menghadapi hari esok. 

Kenapa 'kali pertama'? 
Kali Pertama, adalah tajuk lagu yang kau cipta. 
Kau tuju lagu itu pada ku sebagai pemula persahabatan. 
Takkan aku lupa sampai ke akhir nafas. 

Kali terakhir kita menonton wayang. 
Kau ingat tajuk filemnya? - "Final Destination 5". 
Itu petunjuk perhubungan kita akan berakhir, 
tika tiba kali kelima percubaan cinta. 

Tidak guna sayang di hati, 
jika ia tidak disambut.
Tawar di hati jangan ditambah apa-apa, 
kelak menjadi racun yang membinasa.

Maafkan aku atas keterlanjuran yang berlaku. 
Diri ku di hati kau seperti gambar lama, 
semakin pudar dimamah waktu. 
Hanya menanti masa untuk dilupuskan.... 
Hanya satu lagu yang jadi teman aku sekarang. 

Saturday, November 26, 2011

Novel Review: Kasino

Salam semua!

The next novel to review is Kasino. Haiyo.. content dan context yang heavy bagi aku ambil masa tiga hari gak nak habis sebab terlalu banyak penerangan, especially tentang perjudian tu. Okay, at least aku dapat information about 'baccarat'. Selama ni tau cara main poker je kan.

Penulis: Saifullizan Tahir.
280 mukasurat
Harga: RM 18
Cetakan Pertama: Julai 2011
Cetakan Kedua: November 2011
Sinopsis: Mohd Narcissus Yusof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.
Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM 3.8 juta kepada kerajaan negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegahan rasuah.
Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.

Daripada keseluruhan novel ni, aku dapat rasa dunia realiti sekeliling kita. Lebih-lebih dalam perniagaan besar. Apa yang tersurat dan tersirat dalam pengisian novel ni memang aku agak setuju la. Sebab kebanyakan orang kita yang menceburi bidang niaga ni tak ada yang 'clean' pun sebenarnya.

Dan yang paling aku suka, watak utama si Mohd Narcissus ni walaupun life dia bergelumang dengan seks, perjudian, arak, tapi satu benda yang dia tak tinggal; solat! Aku pernah jumpa orang macam ni. Teguk arak bergelen-gelen, tapi solat on-time, tak pernah tinggal. Aku yang tak pernah teguk arak, tak pernah berjudi ni pun solat ada yang tertinggal secara sengaja atau tak. Teruk kan!

Walau apapun, kehidupan ni ada positif, ada negatif. Kalau kita rasa itu cara kita, silakan! Asal tak kacau orang sudah. Tapi satu jela yang kena ingat, Tuhan! Selamat membaca korang semua! Untuk info lanjut, KLIK SINI! 


Friday, November 25, 2011

Novel Review: Zombijaya

Salam semua!

 Alright, kali ni Hani nak buat kelainan sebab nak review pasal novel pulak. Hehe! Selalu dok update pasal band, musik, apa bagai lagi kan. Ni kira side-hobby Hani bila waktu lapang; baca novel. Tapi bukan sebarang novel Hani nak review. Ni lain dari yang lain nya novel sebab..... ayat dalam novel ni terlalu, teramat, dan tersangatlah straight, sarkastik, ganas, 18++ nye la kan. So, let's check it out!

Penulis: Adib Zaini.
Berdasarkan Cerita Asal: MJ Woo.
Ilustrasi: Ho-Sui Jon.
307 mukasurat
Harga: RM 20.
Cetakan Pertama: Oktober 2011.
Sinopsis: Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jia rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri.
Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini.
Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA.
Rating Hani:  

First time nampak novel ni kat MPH Giant Stadium Shah Alam Seksyen 13, aku dah suka habis kat cover depan novel ni. Sumpah tak tipu! Sebab aku suka tengok grafik, lukisan, dan sewaktu dengan art atau seni la. Disebabkan novel tu dibalut dengan plastik. Lepas tu kat MPH tu tak ada yang sample untuk kita baca novel tu, aku pun tengok la poket aku betul-betul bawa RM20 masa tu. Apa lagi? Bawa gi kaunter la kasi bayar itu novel!
Bagi korang yang nak kelainan dalam membaca novel, boleh la try novel-novel yang Buku Fixi published. Memang lain! Sebelum ni aku cuma baca novel yang Ramlee Awang Murshid tulis je. Sekarang ni, aku kena buka mindset aku untuk terima perubahan dalam berkarya, especially novel. Asyik ayat puitis pun tak best gak kan. Hehe!

Anyway, tahniah la kepada semua yang terlibat dalam karya Zombijaya! Karya korang best! Thumbs up yaw~! 


This is Hani