Thursday, July 08, 2010

Spain menang, sotong selamat!

Hmm memang tak dijangka walaupun dah diramalkan bahawa Spain atau Sepanyol menang untuk layak ke final. Tahniah buat Spain! Sepatutnya diorang boleh dapat banyak gol lagi tapi gol-keeper Germany agak kental untuk game malam ni. Dapat rembat satu gol pun dah cukup la kan.

Sotong tu pulak.. nasib kau memang baik sotong! Ramai yang beranggapan yang Spain kalah, kena belasah dengan Germany. Tapi sebaliknya yang terjadi dan apa yang boleh aku buat? Aku just fans yang tak tahu apa-apa tentang bola. Tapi masih gak nak ambil tahu. Bukan selalu kan.. tapi tahniah la kat sotong tu jugak sebab dapat ramal dengan TEPAT tentang kekalahan Germany ni. You are awesome!

 Sotong ni buat muka selamber je kan?

Wednesday, July 07, 2010

Mereka layan Titanic, kemudian World Cup!

Aku baru je habis cuci baju tadi. Haha! Lewat gila aku mandi malam ni. Tak tau nak buat apa pulak kan. Tadi aku turun kat hall. Aku tengok semua dah dok tersadai depan TV layan cerita Titanic kat TV2. Haha semangat kan! Jangan lupa sediakan tisu banyak-banyak weh! Nanti banjir!

So lepas habis Titanic, nak layan bola lak. Of course la Germany vs Spain malam ni! Kena tengok! Yang sotong tu ramal Spain menang malam ni. Jom tengok sama ada betul ke tak ramalan nujum sotong tu haha! Harap tak la.. Germany tu weh!

Okay la. Aku nak sambung buat kerja dulu. Nanti ada cerita best aku update lagi ;)

Tuesday, July 06, 2010

MyStarz PTPL/MSU 2010

Hari ni memang agak penat sikit sebab malam tadi pun tak tidur. Ni sekarang dah pukul 6.52 petang, dan aku masih tak tidur. Mata dah berat tapi entah la.. tak mengantuk. Malam tadi entah macam mana boleh terbuka cerita pasal kes Mona Fandey dulu tu yang pernah jadi kontroversi satu Malaysia ni. Haish.. macam-macam gelagat budak rumah aku ni. Lain kali buka la cerita pasal benda lain.

Pagi tadi aku gi kolej, nak bagi support kat kawan-kawan yang masuk MyStarz PTPL/MSU kali ni. Alhamdulillah.. aku dengar dalam banyak-banyak kawan yang masuk, ada la sorang yang menang. Congrates to Adi Rasyidi and Muhamad Sahzuan! Mereka dah menyanyi bagai nak rak atas stage tu, akhirnya menang jugak kan. Nanti bila aku dah upload kat Facebook or YouTube, aku publish okay? Nice!

 Ni la Syafiq (kiri) dan Idwan (kanan berbaju hitam) yang kena jadi MC untuk MyStarz kali ni.

Lepas dah settle event tu, aku rush pulak gi Bank Islam. Kolej aku ni dan-dan la pulak nak tukar dari Bank Muamalat ke Bank Islam untuk pinjaman PTPTN. Haish.. menyusahkan! Sementara nak tunggu giliran tu, aku lepak la kejap kat kerusi tu. Lepas tu ada adik-beradik lelaki ni, comel sangat! Umur dalam 2, 3 tahun. Main-main kat tengah tu. Lepas tu ada belon jatuh kat belakang aku, so aku pun bagi belon tu kat budak tu. Dia senyum comel sangat! Suka tengok budak tu main-main dengan belon! Wah.....

Papahal, semua dah selesai. Esok nak kena pergi account department kolej, nak gitau yang aku dah ambil kad bank tu semua. Nak update balik PTPTN aku. Tak ada la problem nanti, insyaAllah!

Mari mewarna!

Haha sorry la late update lak blog hari ni. Busy sikit tolong kawan buat assignment haha! Baik kan saya ni :p sebenarnya bosan duduk rumah. Kawan ni pulak ada assignment yang memerlukan bantuan dari budak-budak rumah. Hmm... sekarang ni dah pukul 1.30 pagi. Mungkin pukul 3 nanti siap la kot.

Aku stop tolong kawan aku tadi dalam pukul 1 tadi. Tak larat lak nak warna binatang tu. Mata pun dah mengantuk. Aku start tolong dia tadi dalam pukul 10 malam tadi. Pergh lama gila kan!? Setakat pukul 1 tadi, just ni je yang mampu aku tolong dia.

Baru pukul 1 pagi masa ni hahah! Chaiyok la Fatin! 

Memang ramai la yang tolong dia warna binatang tu semua. Memang kami suka sikap bantu-membantu ni hahah! Yela tu kan.. dah bosan semua kitorang layan je. Papahal memang best la. Teringat zaman budak-budak kecik dulu. Dok masuk pertandingan mewarna. Siap jadi johan mewarna lagi. Entah apa yang lawa pun aku tak tau la kan haha!

Ni la Fatin, empunya assignment tu... 

So, kepada Fatin, selamat mewarna sampai habis okay? ;)

Monday, July 05, 2010

Mohd menang Mentor 4 !

Malam ni kitorang satu rumah buat kenduri, makan-makan. Aku bawa balik KFC Family Feast untuk budak-budak ni. Yang lain ada la yang bawa balik lauk, siap Fatin masakkan nasi satu periuk nasi ni. Memang meriah la dinner kitorang malam ni! Tapi kitorang tadi tak cukup korum pun. Yang ada pun just Eva, Ejat, Erna, Fatin. Sera & Ana je. Yang lain ada yang tak balik lagi.


Lepas dah kenyang, kitorang dok tengok Mentor 4 pulak. Pergh ramai la pulak penyokong Mohd kat sini. Aku bosan tak tau nak layan cerita apa, so aku pun layan kan jela diorang ni. Tapi not bad la dia nyanyi. Bagi aku saingan untuk Mohd malam tadi ialah Nani, protege Azmeer. Tapi tak tau la apsal kan. Berserah jela.

So sekarang ni, Mentor 4 dah pun habis. Tahniah kat Mohd dan Ziana Zain yang memenangi pertandingan tu. Aku rasa sekarang ni tinggal World Cup jela yang tak settle lagi. Hmmm... tak sabar nak tunggu final!

This is Hani