Saturday, May 01, 2010

Dua campur lima

Dua campur lima? Apa benda ni? Dua kali lima ada la! Actually ni la bilangan hamster aku sekarang. Yang betina, Bibi tu dah pun beranak time aku tengah dok sental badan dalam bilik air hari ni.

"Mira.. hamster ko tu dah beranak tu..", Abah macam happy je. Maklumlah.. dapat 'cicit' haha!

Mula-mula tengok ada 4 je. Ok la 4 ekor.. esok lusa aku beli la cage baru. Buat sementara ni, lepak dulu dalam cage kecik ni. Tak lama lepas tu, keluar lagi sekor. Walaoweyh!!

Adeyh.. mana aku nak letak hamster jantan aku ni? Takut kalau dia makan lak anak hamster ni. Aku pun cari la bekas yang besar sikit. "Ha.. tupperware Mama. Cilok jap la!" 


P/S: Happy birthday to Muhsinah Yacob yang ke-20. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin! Yang paling penting, tarikh birthday Muci and hamster baru Hani ni adalah SAMA. Leh celebrate sama-sama tahun depan haha!

Thursday, April 29, 2010

Kawan makan kawan, apa kata korang?

Sekarang ni macam-macam manusia yang ada kat Bumi ni. Yang baik tu bagus la. Ada lak yang macam setan, memang rasa macam nak bunuh je kan? Tapi sebagai manusia normal, aku sabar jela (sebab tu je mampu).

Ada yang gila kuasa. Hmm... yang ni memang banyak la. Tak yah tengok jauh la. Macam aku yang still belajar kat kolej ni, ada ramai la juga yang gila kuasa. Sampai ada yang nak jatuhkan orang lain. Selain menyusahkan orang lain, sedikit sebanyak dapat turunkan semangat orang lain juga. Rasa macam bodoh je orang yang macam ni.

Ada pulak yang suka menjaja masalah orang ni! Aduh.. ni yang paling aku tak suka. Kalau orang dah bagi kepercayaan kat korang, takkan korang tak reti nak jaga kepercayaan tu? Dah la gi jaja cerita kat orang lain, pastu boleh lak dia tambah 'ajinamoto' kat cerita tu. 'Bagusnya dapat kawan macam korang ni'. Terima kasih la banyak-banyak!

Apa boleh buat.. aku pun dah malas nak layan orang yang suka makan kawan ni. Ingat kita ni tak ada perasaan macam diorang kot. Suka-suka nak cakap pasal kita. Macam diorang tu tau sangat pasal kita. Diri sendiri macam bangang, ada hati nak cerita pasal orang lain.

Aku tulis blog ni secara general. Kalau ada 'kawan' yang terbaca blog, and terasa dengan post kali ni, jangan salahkan aku. Korang sendiri nak terasa tu korang punya pasal! Kalau korang rasa pernah or still buat apa yang aku post-kan hari ni, cepat-cepatlah minta maaf kat orang yang korang buat salah tu, takkan aku nak ajar pulak kan!? Jangan fikir aku happy-happy dengan korang, aku dah lupa semua yang korang pernah buat kat aku. Sikit pun aku takkan lupa. Bukan aku nak kata aku ni pendendam, tapi aku nak jadikan semua tu sebagai pengajaran hidup aku selama aku masih hidup kat dunia ni. Jangan pernah minta untuk aku lupakan kesalahan korang, faham?

Tuesday, April 27, 2010

Result oh result!

Tadi kolej aku keluarkan result semester lepas. Ingat nak datang awal, tapi aku 'kalah' lak. Mengantuk gila! So plan B, gi kolej pukul 11. Dah bersiap semua, gerak dengan Ejat, kawan satu bilik aku. Minum-minum dulu kat kolej. Ambil nombor giliran dulu.... nanti ramai orang!

Tapi sementara aku minum-minum kat kedai petak, boleh lak system down. Patutlah sebelum aku lepak sampai aku habis lepak, still nombor yang sama je. Hampeh gak la! Dah la cuaca panas. Orang ramai. Haish!


Sementara tunggu giliran, lepak la dengan kawan-kawan. Macam-macam hal la! Dapat lak lepak dengan kawan-kawan yang extend semester ni, Faiz and Syafiq. Jumpa diorang memang best la! Rindu korang! Yang Easy lak leh buang tebiat, jadi 'hantu cina' sementara nak ambil result. Jangan tension weyh!


Apa-apa hal, tahniah kat semua yang berjaya. Bagi yang tak berjaya, don't give up! Banyak-banyak berdoa and jangan lupa USAHA SENDIRI!

P/S: Terima kasih kat Mama Abah sebab banyak berdoa dan berpuasa untuk Hani semasa final exam semester lepas! Tanpa Mama Abah, Hani tak dapat keputusan macam ni untuk kali ke-4. Pointer 3.85 ni terlalu banyak untuk Hani dan Hani kena berterima kasih kat Mama Abah. Sayang Mama Abah!

Sunday, April 25, 2010

Baaaaaarrggghh!

Haish bosan gila hari ni. Takat main dengan hamsters, online, tengok TV.. agak lah membosankan! Tak ada aktiviti lain ke?

Sok dah kena nak balik Shah Alam. Dengar cerita Jumaat nanti result nak keluar. Hmm.. apa yang aku dapat agaknya nanti? Sama-sama kita tunggu!

Owh malam ni dah masuk 25hb April! Birthday Akmal, kawan sekolah aku dulu. Sekarang dah maju dah dia. Photographer kata kan.. hehe! Bila ko nak panggil aku jadi model ko? Haha joke!

Isnin dah start kelas balik. After a week jadi nerd, exam mid-term. So jumpa lagi la nanti! Daa~

Thursday, April 22, 2010

Super Mario Land!

Bosan nya pasal tak dapat tido, aku pun chatting la dengan kawan-kawan aku kat YM; Farizal, Dinie, Syed and Akmal. Tengah dok chatting dengan Akmal, leh lak aku buka cerita pasal game ni, Super Mario!


Rasa macam nak main je balik game ni. Best! Makan cendawan leh jadi besar & tinggi. Teringat lak masa kecik-kecik dulu. Mak aku cakap kalau nak jadi tinggi & besar macam Mario, kena makan cendawan banyak-banyak! Alhamdulillah.. aku masih tidak besar-besar seperti yang dijanjikan. Haha! Lepas tu ada pokok bunga lak. Nanti Mario tu leh ludah keluar api. Pergh aku dulu masa kecik punya la nak ludah camni. Keluar api gitu huhu~

Lepas tu ada lak bintang kelip-kelip, siap kena kejar lagi. Baru leh jadi kebal. Langgar je semua cendawan and kura-kura jahat tu. Sure mampos semua! Apa lagi eh? Ha! Ada lak hidden mushroom warna hijau, ni lak kuar kan cendawan 1-Up. Kira leh tambah satu lagi nyawa Mario la en. Pergh.. dasat Mario ni. Bila dah habis satu stage, kena lari kuat-kuat, gayut kat tiang bendera tu. Lagi tinggi lagi bagus! Power Mario ni..

Musuh-musuh dia lak kelakar betul! Cendawan tu muka ketat je. Senyum la sikit. Yang kura-kua tu lak muka blur-blur je. Macam tak ada perasaan! Siap ada yang boleh terbang lagi. Yang paling aku benci yang awan dok ikut je Mario tu. Dah la dia kasi turun landak merah tu! Buat sakit hati je bila terkena kan?

Yang paling best, bila pecahkan batu dapat point and kadang-kadang dapat duit free. Best!

Papahal, aku rindu dengan game ni. First time aku main game ni masa tu pakai kaset lagi. Kena cocok kat slot, kadang-kadang tu tak detect, kena tekan kuat-kuat. Punya pressure nak main. Haish! Apasal aku cerita pasal Mario kat blog aku ni? Nampak sangat aku tengah bosan tengah-tengah malam ni.

This is Hani