Sunday, November 22, 2009

Malam ni ada Twilight kat Astro, tapi...

Banyak betul kerja! Aku tak tau mana nak siapkan dulu sebab semuanya nak kena tengok esok. Dah la kerja handwriting je. Tak apa.. nanti ok la satu hari nanti en.

Esok kena hantar:
- 10 jenis perkakasan komputer
- Sejarah / Generasi komputer
- Presentation suatu benda yang berteknologi yang unik.

Macam mana tu? Aduyai.. dah la presentation tu kena ada bukti dari majalah SAHAJA. Memang masak la aku nanti. Aku just jumpa kereta yang diubahsuai menjadi sesuatu yang baru je. Tu pun teknologi gak maaa.... tapi tengok la macam mana en.

Berserah saja!

Thursday, November 19, 2009

Aku pun dah tak tau la...

Dah seminggu aku tak tegur dia. Mungkin salah aku.. diamkan diri macam tu je. Tapi dalam masa yang sama, aku terlalu marah kat dia. Rasa macam nak tinggalkan dia. Tapi hati aku still sayangkan dia.

Dalam hati aku masih sayangkan dia, muncul orang lain pulak. Aku jadi makin blur. Apa aku nak buat sekarang ni?

Tapi aku harap pilihan aku ni adalah satu keputusan yang tepat. Semuanya aku biarkan tanpa sebarang kata putus. Biarlah.. mana yang datang dulu dalam hidup aku, itu lah yang aku pilih untuk selamanya.

Maafkan aku, semua...

Saturday, November 14, 2009

Konflik

Start je sem baru ni, ada je perkara yang tak best berlaku. Masalah perhubungan dengan seseorang, study, kawan.. macam2! Aduyai.. minggu pertama belajar ni memang lemau sikit. Ada je kelas cancel la.. pe la.. bosan! Tapi nasib ada kawan, leh hang out sama2 en.

Tapi nasib ada gak subjek yang jalan, Java. Aku baru nak rileks dari belajar coding. Masa nak pre-register subjek masa semester lepas, aku nampak subjek ni dalam list subjek yang aku kena ambil. Sudah! Tapi harap dapat bawa la subjek ni. Kena hafal coding lagi! Malasnya!

Masalah relationship? Aku malas nak fikir lagi. Sekarang ni aku duduk diam, buat bodoh je ngan orang yang berkenaan. Bukan benci.. tapi aku nak rileks dulu. Tak nak fikir apa2 sangat. Boleh tension nanti. Tapi harap diorang tak fikir yang bukan2 pasal aku je. Sebab aku bukan nak putuskan relation yang kitorang buat selama ni. Tapi aku cuma nak jauhkan diri untuk tenangkan fikiran yang berserabut ni je. Satu hari nanti, aku ok la ni..

SYAM BACA SINI!!
Terima kasih sebab tanya aku pasal problems ni. Lepas aku bagitau ko hal tu, otak aku terus rasa luas gila! Luas nak fikir macam2. Haha! Dah banyak aku susahkan ko ngan problem aku en.. cian ko.. nanti kau belanja ko ice-cream Mat Kool.. haha!

Tuesday, November 10, 2009

Kelas Pertama

Yeah! Kelas pertama dah pun bermula. Tapi semangat aku nak belajar tak pun mula2 lagi. Bosan sebab Dash tak ada kot (haha!). Tapi dia datang lepas kelas Media Digital tadi. Datang kejap jela, nak settle kan hal extend dia. Tapi tu dah cukup nak lepas rindu kat dia (sayang Dash!).

Dengan bermulanya kelas pertama tadi, aku dah tak leh nak aktif main game lagi. Farmville, Mafia Wars, & Cafe World. Menjadi seorang peladang maya, mafia tak bertauliah, dan seorang chef yang tak tau apa2 memang susah! Haha!

Minggu pertama camni memang lecturer ramai yang tak masuk kelas untuk mengajar. Ada je.. yang outstation, meeting.. macam2! Tapi ok la.. tak ada la terus hardcore belajar en.

Tapi masa kelas Presentation Skills tadi, lecturer ada bagi tajuk pembentangan. Kitorang kena buat demo, tak kisah la pasal apa pun. Memang tak tau nak buat apa. Tapi guessed what? Aku dah ada idea! Nak taw apa? Kena la tunggu time pembentangan tu nanti, ok!?

Peace!

Sunday, November 08, 2009

Pulun Belajar!!

Esok adalah hari baru buat semester baru. Yup! Hari pertama untuk semester ke-4. Happy giler sebab aku dah pun dalam pertengahan jalan untuk habis belajar. Insya-ALLAH kalau tak ada apa2, lagi dua semester habis la.

Semester ni, aku ambil subjek Presentation Skills, Pengenalan Java, Media Digital, dan Sistem Pangkalan Data. Berat sikit la.. tapi ni jela yang tinggal. Subjek hardcore. Yang senang semua dah kena pulun.

Aduyai.. jadual macam biasa la. Penuh! Dah la start awal pagi, then habis lak lewat petang! Padahal tengah hari bukannya ada kelas pun. Boleh lak ada gap dua jam. Bazir masa betul...

Harap semester ni tak ada lagi kena buat assignments kat luar. Penat lak maw jalan2 lagi (walaupun best!). So guys, get ready to struggle harder for this semester! Banzai!!

This is Hani