Friday, November 06, 2009

Result? Oh tidak!

Bangun pagi je nak kena terus bersiap nak ke kolej. Amek result nye pasal. Terpaksa la aku gagahkan gak diri aku yang tak cukup tidur malam tadi. Dah siap mandi, pakai baju, make-up sikit (cewah!), terus drive ke kolej. Tapi aku kena gi office agent rumah sewa aku dulu. Aku tak bayar duit sewa bulan lepas la beb.. aduyai!

Lepas tu, gi rumah sewa aku dulu. Amek ID aku. Kang tak lepas lak aku nak amek result en. Dah settle semua tu, aku pun gi la kolej aku. Aduh! Aku dapat angka giliran E1131 la beb! Lambatnya! Nasib ada Fik, Syam, Syiqah & Eira masa tu. Lepak dengan diorang dulu. Dah sampai giliran aku, apa lagi.. SERBU!!

Bila diorang hulur slip result aku, aku rasa cam gembira pun ada, rasa cam tak percaya pun ada.. macam2 la! 'Ni ke result yang aku dapat? Apsal banyak sangat!?' Tapi aku buat bodoh jela. Pointer turun tu biasa la bila dah pertengahan belajar ni en (haha!). Tapi aku tetap happy sebab aku masih dalam kategori President List.

Semester ni aku kena pulun study habis2! 'Hani kena dapatkan semua A untuk subjek semester ni. Baru boleh naikkan pointer tu jadi power!' Terngiang-ngiang suara Cik Nhizmah kat telinga aku ni lagi taw! Aduyai.. penangan Cik Nhizmah ni memang kuat betul la.. haha!

Dah lepas tension menunggu result & register, aku pun terus tembak ke Jusco Balakong. Aku beli tiket wayang, tengok cerita Ninja Assassin. Pergh! Terbaik! I like the crossblade and blood effects! Ala2 game gitu haha! Aku memang suka tengok martial arts dari Jepun. Ninjutsu, Kenjutsu, Kendo, Karate.. macam2 lagi la en Jepun ni. Tapi cerita ni of course la untuk Ninjutsu je..

Dah habis layan movie, aku pun balik. Penat! Dan aku mahu rehat sebentar...

p/s: Sekali lagi, tahniah kat budak2 aku yang amek result tadi. Cuak en.. tapi papehal, aku harap korang enjoy la semester baru ni. Keep on rocking! Yeah!

Bright Future Awaits Us There!

Aduyai.. susah gak eh nak pujuk kawan yang tengah tension, banyak masalah ni. Akhirnya aku dapat gak la rasa pujuk-memujuk ni (haha bangang betul!). Selama ni aku je selalu kena pujuk, ni turn aku lak nak pujuk orang! The target is Dash!

Aku memang tak faham betul dengan dia ni. Tapi kali ni, aku faham! (Haha! Sorry la aku nak melawak sikit..) Aku faham masalah keluarga dia. Ayah dia sakit. I know that Dash! Dari semester dua lagi ko cerita kat aku pasal sakit ayah ko. Aku bersimpati. Tapi aku tak nak tengok ko give up camni. Kalau ikutkan hati, aku pun nak extend or berhenti je dari belajar kalau aku fikir pasal masalah keluarga aku ni. Tapi semua tu tak bagi apa2 benefit pun untuk aku. Untuk apa? Bukan boleh pulihkan masalah pun. And dah tentu parents aku sedih sebab aku tak habiskan study aku.

Hari ni, parents aku still gaduh. Aku dengar semua yang diorang hambur. Aku tension! Tapi nasib aku baik sebab aku tak duduk dengan family aku bila start semester. So aku akan tenang untuk study (walaupun dalam hati hanya Tuhan je tau seksanya).

Kawan2 semua support ko Dash! Kalau kitorang tak support, siapa lagi nak support ko, bagi ko semangat setiap kali kita nak pulun study sama2. Kita dah gi jalan sama2, gi Pangkor, gi Kedah, Zoo Negara.. enjoy sama2, buat assignments sama2. Semua tu penat lelah kita, takkan ko nak lepaskan camtu je?

Parents ko mesti happy bila ko study sama. Aku tau ko ada tanggungjawab dalam family ko. Bukan ko je, aku pun ada tanggungjawab aku dalam family, semua ada tanggungjawab. Aku, Syam, Syiqah, Beyla, Easy, semua.. support ko dari belakang! Don't give up Dash!

p/s: to all SISE PTPL, selamat mengambil result ya! And congrates kat semua budak2 SCHA, SBMP, SHS & SISE yang dapat Dean List tak kisah la untuk kali ke berapa pun. Bright future awaits us!

Tuesday, November 03, 2009

Hujan memang feel!

Dalam beberapa hari ni asyik hujan je. Lebat pulak tu! Best! Tidur time hujan camni. Feel je. Tapi aku rasa cam takde mood sangat kebelakangan ni. Dengan masalah keluarga yang menjerat aku kat tengah2 ni. Tambah lak dengan masalah kawan yang tak habis2. Macam tak pernah bagi aku ruang untuk aku rasa lega.

Nak hilangkan bosan, aku baca novel. Novel oleh Zyra Safiya - Rasuk, beli bulan lepas tapi tak habis2 baca lagi. Sekarang ni dah sampai muka surat 466. Ada lagi 133 muka surat yang aku perlu habiskan. Haish! Banyak gak aku dah baca. Mungkin habis baca novel ni, habis la cuti semester aku.

Ya.. hari Jumaat dah dekat. Hari yang mencuakkan budak2 aku. Aku pun risau gak. Aku saja je cakap tak risau pasal result semester lepas. Sebab kalau aku cakap aku risau, aku jadi kelam-kabut. Tengok jela masa paper Animasi 2D, 3D hari tu. Risau nye pasal, sampai apa yang aku baca semua lenyap! Tapi nasib still boleh jawab.

Kawan2! Jangan risau eh. Nanti kita minum, lepak2 dulu. Baru amek result. Cam lepas2 haha! Jumpa nanti!

Monday, November 02, 2009

jiwa celaru selepas kehilangan

Tadi aku ter-'on' lagu Loser Lullaby dari MP3 aku ni. Lagu dari band Lucy In The Loo, pemberian kakak aku, kalau tak silap masa tu aku Form 3. Walaupun lagu ni dalam versi demo biasa je, tapi cukup untuk tarik minat aku dengan lagu ni.

Tapi kali ni, lagu tu macam ada makna lain. Makna lain? Kalau ikutkan lirik lagu, macam ada sesuatu.

'Days go by, and I still remain the same..'

Entahlah... dah lama aku tak jamm lagu ni. Tapi bait lirik lagu ni, buat aku teringat kat seseorang. Sampai ke bait yang seterusnya.

'I know I've done you wrong,
but I've told you that I'm sorry'


Ya.. sejak kejadian tu, aku tak habis2 meminta maaf kat dia. Tapi tak tau la kalau dia maafkan aku.

'I guees this is the end, there's no use of crying
and I'll try to forget all the things that ever happened
but still I love you so, I wish I could let go...'


Aku tak tau nak buat macam mana. Rasa bersalah, sedih.. masih lagi menyelubungi aku (ayat baik je eh..). Tapi ini la yang aku rasa. Macam bait lagu ni gak la.. 'I wish I could let go'.. Aku harap aku kuat selepas ni. Dan aku harap dengan blog ni, dia dapat tau cerita2 terbaru aku, tanpa dia perlu tanya aku. Sebab aku tau.. keputusan dia adalah muktamad. Dan dia takkan berhubung dengan aku lagi selagi aku tak 'bebas'.

'So I'll wave you goodbye and my only friend,
is this lullaby...'


Terima kasih...


Sunday, November 01, 2009

Bermula episod baru...

Dear Blog,

Hari ni aku sangat sedih. Seiring dengan langit yang sedang hujan. Lebat. Tapi aku kena kuat! Kuat untuk mengharungi hidup yang bergelora. Gelora dengan pelbagai insan di sekeliling kita.

Aku tahu.. ini adalah percaturan hidup yang aku buat. Pencaturan yang mungkin mendatangkan faedah bagi aku. Mungkin sebaliknya. Bagaimana aku harus kuat? Dapat ke aku mengharungi gelora yang melanda diri aku?

Aku sedar.. mungkin ini salah aku. Kesalahan yang mungkin tak dapat ditebus oleh sesiapa. Hanya aku yang mampu. Tapi aku tak mampu... sebab kekuatan itu hilang seiring dengan kesalahan yang aku buat. Aku salah.. dan mahu ke dia maafkan aku?

Ini pilihan aku. Tapi pilihan ni.. membuatkan aku kehilangan seseorang. Seseorang yang banyak menceriakan hari-hari aku selama perkenalan kami. Kini dia pergi.. setelah yang lain datang mengisi tempat yang selama ini aku diamkan. Aku takut. Tapi aku perlu bertahan. Ini kehendak dia. Aku hormati keputusan dia. Dan aku relakan dia pergi dari hubungan persahabatan yang selama ni utuh buat aku.

Terima kasih dari aku. Jenaka kau, senyuman kau.. aku takkan lupa. Aku harap kau dapat apa yang kau mahu selama ini. Aku pasti.. kau akan dapat yang lebih baik dari aku. Aku takkan lupakan persahabatan kita. Dan maafkan aku... atas segalanya.

This is Hani