Friday, October 16, 2009

Photo Session

Macam biasa la.. kalau dah lepak ngan kawan yang 24 jam dok pegang kamera ni, aku la jadi mangsa sesi fotografinya. Tapi best gak jadi bahan fotografi dak ni. Ada je benda dia ni. Tajuk sesi hari ini adalah 'Emotion of the Day'. Aku ni bukanlah jenis seorang yang fotogenik. Tapi layan jela kawan aku sorang ni. Sebab dia ni jenis enjoy dengan bergambar.


Ni la yang terjadi pada aku seharian! Macam2 emosi yang aku buat, last2 yang ni je yang terbaik (haha!) gila en! Enjoy la sikit hari ni. Sekurang-kurangnya, hari ni aku tak ada la bosan cam kemarin.

Esok! Aku nak gi jamuan raya kat rumah kawan aku. Somewhere in Semenyih. Tapi tak tau la aku dapat gi ke tak sebab clashing lak ngan aktiviti keluarga. Ibu dan Pak Ngah Jamil nak pergi ke Mekkah. So diorang nak buat kenduri sikit la. Harap mereka selamat pergi dan selamat pulang. Sampai gak ke Tanah Suci eh...

Harap esok adalah hari yang gembira! Walaupun selalu bosan kalau keluar dengan kawan sekolah, tapi aku gembira sebab bukan selalu dapat jumpa diorang en! Jom pulun kat rumah Muchi sok!!

Wednesday, October 14, 2009

Kebosanan . . .

Rasa bosan yang teramat sangat sekarang ni! Cuti sem kalau tak panjang memang tak sah! Membuatkan aku bertambah bosan!! Adui.. apa aku maw buat ni ar?

Nak pergi gig, macam malas sebab semua orang busy! Nak keluar dengan kawan lagi la! Diorang ramai yang nak exam STPM. Kalau ada yang free pun macam diorang nak keluar.

Keluar jalan sorang2? Best tapi agak bosan bila dah lama2. Tengok wayang? Tak ada teman... aduh! Takkan nak tengok wayang sorang mcam dulu? Gila bosan camtu!

Tengok la.. kalau dia balik dari JB nanti, ada la kot masa nak keluar. Hilangkan bosan... tapi aku dah bosan gila nih!!!!

Wednesday, October 07, 2009

Jamuan Raya

6hb Oktober 2009 - Keluarga aku ada buat jamuan makan sempena Hari Raya tahun ni. Wow.. diorang ley lak nyanyi eh.. layan beb!

Kawan aku tak ada la ramai sangat yang datang.. tapi cukup untuk meriahkan majlis! Kuatnya diorang makan! Huhu--

Terima kasih semua yang sudi hadir. Well.. dah jumpa sekarang. Ada lagi sebulan je lagi nak reunite! Semester baru! Happy holidays ya guys!

Tuesday, October 06, 2009

Tentang Dash

Ni hanya suka-suka je. Kami pun dah berkawan, dalam setahun. Dia kawan yang banyak cakap, havoc gila! Dia gak seorang kawan yang best! Dash! Nanti kita buat tentang orang lain pulak! Haha!

Friday, October 02, 2009

Lupa la kot..

Dah lama aku tak online kat sini. Macam dah lupa lak aku ada blog ni. Yelah.. busy dengan exam, banyak gila projek kena siapkan. Tu yang malas nak sentuh blog ni. Kat MySpace & Facebook pun jarang online.
-
Tapi sekarang semua tu dah habis. Siap dah sambut Aidilfitri lagi. Sekarang ni tinggal nak memperabihkan beras kat rumah jela. Semester baru lambat lagi. Bosan gila! Tapi aku still risau dengan result semester baru2 ni. Ada dua subjek yang teruk aku kena tibai! Dapat C+ lak tu! Kalau nak cover balik, harapkan aku nya final exam je. Aku harap ok la.
-
Sempena Aidilfitri ni, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kat semua yang membaca. Mungkin agak terlewat, tapi ok la dari aku tak wish en.. ;)

This is Hani