Monday, November 19, 2012

Teater #KotakHitam

Salam!

Semalam, lepas je lepak kat Kuala Lumpur Writers & Readers Fest (KLWRF) kat Perpustakaan Kuala Lumpur, aku dan kawan-kawan #idebewe terus ke Stor Teater di Dewan Bahasa dan Pustaka. Melayan teater Kotak Hitam.

Kotak Hitam adalah mengisahkan seorang lelaki yang hidup sendirian bernama Mamat (Aloy Paradoks) yang begitu obses dengan televisyen. Dia tidak mempunyai rakan melainkan televisyen yang sentiasa memberikannya hiburan. Pada suatu hari, dia mendapati sesuatu yang ganjil berlaku pada televisyennya. Seseorang dari dalam televisyen mula berinteraksi dengan Mamat dan membuatkan Mamat berasa hairan.

Lama-kelamaan, Mamat mula berasa selesa dengan seseorang dari dalam televisyen dan menjadikannya sebagai sahabat karib. Mamat menjadi semakin intim dan tidak boleh hidup tanpa televisyen yang ajaib itu. Sehingga pada satu kejadian, Mamat dihantui satu mimpi dan menyebabkan hubungan mereka terjejas. Apakah mimpi buruk itu? Apakah yang terjadi pada hubungan Mamat dan peti televisyen ajaib itu? Mampukah Mamat hidup tanpa peti televisyen? - sinopsis penuh diambil dari pamphlet Kotak Hitam.

Kotak Hitam ni telah ditayangkan pada 15-18 November 2012. Ini adalah teater kedua yang aku layan yang diarahkan oleh Fasyali Fadzly. Sebelum ni, aku pernah melayan teater arahan beliau iaitu Kawan Kawan Yang Kita Suka pada September yang lepas.

Sejujurnya aku tak pernah tengok Kotak Hitam versi 1.0. Haha kenapa aku tulis 1.0? Sebab sebelum ni Kotak Hitam buat pertama kali telah dipentaskan pada tahun.... aku pun tak tahu. Tapi dengan Kotak Hitam versi baru ni, ia telah diberi nafas baru dan diselitkan dengan pelbagai unsur jenaka yang fresh dan ia sampaikan dengan gaya yang bersahaja.

Kotak Hitam memang banyak buat aku ketawa. Mungkin ada yang pelik, tapi ada di antara perbuatan atau percakapan Mamat tu adalah inside jokes bagi aku dan kawan-kawan Idebewe. Orang lain takkan faham, itu pasti. Keseluruhannya, ia menghiburkan. Dengan gaya bersahaja Aloy, semua orang mampu mengikut rentak lakonannya.

Di sebalik babak sedih yang berlaku dalam masa 10 minit, tak dinafikan aku memang menangis sebab aku dapat rasa sebak ketika Mamat yang kehilangan rakan 'peti televisyen'nya. Dan... aku nampak Aloy sangat comel ketika itu. Mental image~ mental image~ haha!

Secara peribadi, aku nampak mesej Kotak Hitam yang mahu diri kita percaya pada diri dan orang sekeliling. Ia mahu kita yakin dengan diri kita. Dan ia mahu kita tahu walau sebesar mana masalah yang ada, kita masih ada teman untuk kita bercerita. Hah, semua dok kena batang hidung sendiri. Baguih! :D

Terima kasih buat Aloy Paradoks kerana memberikan kami lakonan yang memberangsangkan, dan yang sangat comel :p buat Fasyali Fadzly juga agar dapat menghasilkan karya-karya yang bermutu sebegini di lain masa. Serta buat Fazleena Hishamuddin kerana menerbitkan hasil ini untuk dipersembahkan kepada kami semua. Tahniah!

Monday, November 05, 2012

Book Review: #Gergasi by Khairul Nizam Khairani

Bagi peminat cerita sai-fai, science fiction, fantasi serta kipas-susah-mati Buku Fixi semua, anda perlu mendapatkan novel ni dengan kadar yang segera! Terima kasih...

Penulis: Khairul Nizam Khairani
Harga: RM 19.90 (diskaun 15% di Kedai Fixi)
Halaman: 320 mukasurat
Cetakan Pertama: Oktober 2012
Sinopsis: Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang...
500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu - dan lagenda Batara Waja kembali.
Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa Rizal ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu!

Kalau diikutkan, dalam novel ni ada banyak 'puzzle'. Kalau ditulis, takut jadi spoilers. Walau apapun, aku suka cara penulis mengaitkan sejarah tentang Melaka diserang Portugis pada tahun 1511 dengan keadaan semasa iaitu pada tahun 2011. Dan kemudian, ia pula dikaitkan dengan sesuatu yang kita sendiri tak jangkakan.

Pada mulanya, aku imagine Batara Waja tu rupa dia macam robot dalam cerita Transformers sebab penulis ada menceritakan betapa hebatnya 'gergasi' tersebut. Lepas tu dengan serangan yang dilakukan oleh Batara Waja kat kapal Portugis tu, dah macam Autobots vs Decepticons dah aku imagine. *bengong punya mental image!*

Boleh dikatakan Batara Waja ni macam superhero la. Jenayah yang berlaku berdekatan memang kena setel dengan gergasi ni. Datang secara tiba-tiba tanpa kita sendiri tau macam mana, kemudian dia setelkan masalah tu dan akhir sekali dia lesap macam tu je. Misteri kan? Nak tau peleraiannya, sila beli dan baca.

Lawan tu lawan la jugak, tapi ada diselitkan tentang persahabatan gak tau. (Siapa kata Buku Fixi ni suka terbitkan buku yang merosakkan akhlak remaja je?) Haha! Persahabatan baik antara Rizal-Nuraini-Anwar, dan juga rakan sekerja antara Rizal-Nathan. Masing-masing ada cerita sendiri, pahit dan manis. Ada time kita sama-sama happy, ada time sama-sama sedih. Ada gak yang sanggup biarkan kita sedih sorang-sorang. Macam kehidupan kita jugak la. Yang penting, hati kena kuat dan teruskan bersabar.

Memandangkan aku FAIL buat cerita sai-fai macam ni, aku nak bagi kudos buat penulis dan buku Gergasi ni. Yeay!

Buat pembaca, jika nak beli buku Gergasi ni secara online, boleh la klik pada link di bawah:
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-gergasi/

Insan Disebalik Cerpen Burger Bola Special

Blog entri ni bukanlah tentang tulisan penuh aku dalam buku cerpen Bola tu.

Firstly, aku cuma nak ucapkan TAHNIAH kepada kawan aku; Jee yang selamat melahirkan anak yang ke-3 pada Jumaat yang lepas. Walaupun dah lama tak jumpa, dia pun sekarang stay Melaka ikut husband dia yang bekerja di sana, tapi dia tetap nak bagitau cerita hot ni pada aku kat Facebook malam tadi.

Disebabkan dia selalu baca blog ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab bagi aku amek sedikit dari cerita kehidupan kau untuk aku olah dan akhirnya jadi cerpen Burger Bola Special. Walaupun pada mulanya aku tak yakin dengan cerita yang aku tulis tu, tapi kau push aku untuk aku yakin dengan hasil aku sendiri. Sampai sekarang aku tak mampu nak yakin dengan diri aku, sebenarnya. Dengan adanya orang macam kau, buat aku lagi kuat. Thank you, babe!

Untuk sorang lagi sahabat aku; Yan. Thanks bagi aku guna karakter dan nama kau untuk cerita entah-apa-apa-entah aku ni. Ingat lagi masa first time aku bagi draft cerpen ni kat kau. Kau bengang je sebab ada nama Benjo dalam cerpen tu. Haha! Lawak kot tengok muka kau masa tu.

But... sorry aku takde 24/7 dengan kau macam selalu lagi lepas ni. But chill~ aku okay je kalau kau nak lepak mana-mana nanti. And sekarang kau dah masuk semester baru. Good luck, babe! Still nak race dengan pointer aku? Hope you can do better than me. I mean, better than me, my achievement, my... everything :)

Glad to have friends like both of you. 
Thank you... so much!

Untuk order secara online buku cerpen Bola ni (sementara stok masih ada!):
http://fixi.com.my/kedai/buku/fixi-bola/ 

This is Hani