Sunday, January 29, 2012

FUTURA: Koleksi Cerpen 6 Novelis FIXI

Salam!

Disebabkan aku tak ada point nak memekak kat blog aku ni, aku teringat kat projek FUTURA yang dipromote pada Disember 2011. Dalam masa sebulan je diorang completekan projek cerpen secara online ni satu per satu, dari seorang demi seorang penulis novel dari FIXI. (I mean, the process of designing and the layout took a month, not the writing, okay?) 
FUTURA - Menceritakan satu khayalan atau imaginasi penulis tentang keadaan Malaysia, dan mengambil latar tempat di Kuala Lumpur pada 50 tahun akan datang, iaitu tahun 2061. Aku malas nak review so aku nak promote je kat korang yang masih tak tau tentang kewujudan cerpen FUTURA ni. Tapi aku bagi intro la kat korang.

Muslim 2061 - Shaz Johar
Idea untuk menulis cerpen Muslim 2061 ini timbul ketika saya sedang menghabiskan bacaan sebuah novel Inggeris yang berkisarkan tentang kehidupan sebuah keluarga di Kabul sebelum, sewaktu dan selepas era pemerintahan Taliban. Ia sedikit sebanyak memberi gambaran kepada pembaca bagaimana keadaannya jika pemerintahan kerajaan yang berlandaskan hukuman syariah dan Islam seperti di situ di bawa masuk ke dalam negara ini suatu hari nanti. Walaupun Islam itu sendiri membawa maksud "Istislam" iaitu menyerah diri kepada ketentuan Allah tetapi apakah waktu itu kita mampu untuk melawan dan berubah? Ataupun berdiam diri pasrah saja dengan undang-undang dan hukuman yang telah ditetapkan? [baca]

Di Bawah Komet Halley - Adib Zaini
Perkembangan teknologi di masa hadapan meningkatkan purata hayat manusia, menyebabkan populasi dunia mencecah hampir 10 billion orang (63 juta di Malaysia sahaja). Cerpen ini menggambarkan dunia yang sedang pulih daripada masalah populasi serta masalah-masalah bersangkut seperti kebuluran dan pengangguran. Cerpen ini mengisahkan seorang jejaka yang menemankan kekasihnya mencari bapa yang telah lama hilang. Daripada pemerhatiannya, cerpen ini menggambarkan perkembangan teknologi dan perbezaan budaya pada tahun 2061. [baca]

Puncak - Khairulnizam Bakeri
Sempena pilihan raya umum ke-31 yang semakin hampir, saya terpanggil untuk meninjau masa depan iklim politik Malaysia. Bagaimana kita menganggap soal negara dan kepimpinan? Adakah politikus lebih matang? Atau 50 tahun akan datang, mereka masih bergelut dengan mandiri kuasa di puncak? Dalam cerpen ini, jawapannya ada pada satu soalan: apa akan jadi apabila pemimpin nombor satu negara dibunuh di khayalak? [baca]

Gabung Kait - Saifullizan Tahir
Kemajuan teknologi perkomputeran menjadi semakin laju setiap hari. Adalah tidak mustahil AI akan melangkaui kemampuan akal manusia. Dengan berasaskan idea ini, digabungkan pula dengan mengambil kemampuan manusia bergabung-kait bagai komputer peribadi dengan internet. Manusia berkongsi informasi, data, rasa, pandangan, pengalaman malahan segala-galanya. Mungkin idea tentang internet boleh dikatakan baru, tetapi mungkinkah idea itu sebenarnya berasal dari sesuatu yang telah wujud lama dahulu, dan kitaran kehidupan menjadi lengkap. [baca]

PWTC - Nadia Khan
Saya tak pandai menulis fiksyen sains. Tema futuristik tak pernah menjadi pilihan saya. Saya orangnya ringkas, pemikiran saya juga begitu. Nak membayangkan dunia dalam masa 50, 100 tambahan pula 1000 tahun akan datang... terlalu kompleks bagi saya. Tapi saya menulis tentang apa yang saya tahu; jatuh bangunnya sesebuah tamadun itu dek kerana rakyatnya, dan nilai moral mereka. [baca]




10 Bulan Misi Ke Bulan - Dayang Noor
Sentul, February 2061. Dengan keadaan udara yang kian tercemar dan kadar inflasi yang melambung, ramai manusia sudah jadi kian bosan dengan bumi. Sikap pentingkan diri sendiri dan sukakan permusuhan juga kian berleluasa. Kebebasan bersuara yang keterlaluan dan kerajaan yang terlalu tunduk dengan kehendak rakyat, serba-sedikit memburukkan keadaan. [baca]

Harap korang semua terhibur baca cerpen ringkas ni (since FIXI tak publish apa-apa novel dalam masa terdekat ni kan...). Baca, fahamkan point penulis, then korang akan dapat tau kenapa mereka berimaginasi macam tu. Before aku nak end-up this entry, aku ada jumpa satu blog ni buat review pasal cerpen FUTURA. I like her reviews ;) korang boleh baca kat [SINI]. Have fun reading!

Friday, January 20, 2012

"thou shall take thee spirit"

i wish i can do better
can write better
can sing better
in this new chapter
i promise i will do it better.

you have to worry no more
sit back there
and feel me
and hear me
then you choose what is best for you.

i want you to come here
take my hand
and take me out
from the darkness, i live alone
from the sorrow, i cope inside
free me
with a brightest light in your heart
thou shall take thee spirit
spread the wings and fly away.

Thursday, January 19, 2012

Jika Novel FIXI Difilemkan...

Salam semua!

Tengok tajuk pun aku tau mesti ada yang bersemangat. Sebab sekarang ni macam trend je baca novel keluaran FIXI ni. Aku pun dah terjebak. Nak buat camne~ FIXI buah hati aku, kahkah!
Seperti ada yang dah sedia tahu, salah sebuah novel FIXI bertajuk Pecah dah pun confirm ke layar perak, dan sekarang ni tengah shooting (or maybe baru settle shooting). Tahniah buat Khairulnizam Bakeri atas kejayaan pertama beliau, iaitu menyiapkan senaskah karya yang superb best untuk kami pembaca. Tahniah untuk kejayaan kedua, kerana memberi satu jalan cerita yang lain dari cerita yang ada kat Malaysia ni. So, this is what we're waiting for in Malaysia film industry. And good luck for the movie premier on.... next year, right? :)

Ni baru satu novel yang dah berjaya diadaptasi ke filem. Apa jadi kat novel-novel yang lain? Ada atau tak yang akan ikut jejak novel Pecah? We'll see it soon, later... boleh je buat. (Tapi aku nak tengok if Ngeri nak buat movie tak, hehe).
Antara pelakon yang ada dalam movie Pecah.
(Dari kiri) Tony Eusoff, Izreen Azminda, dan Sofi Jikan.

So korang semua let's drop some comments:
(1) novel apa yang korang nak di-movie-kan, dan
(2) siapa pelakon yang akan melakonkan watak dalam novel tersebut, or 
(3) anything!


Share je apa yang korang nak. Kepada korang yang still tak pernah baca buku dari keluaran FIXI ni, better korang try la beli satu. Aku suggest Kelabu, Tabu, or Kougar untuk permulaan sebab buku ni agak ringan sikit nak dibaca. Easy-reading gitu~

For more info about FIXI >> fixi.com.my
P/S: Korang jangan nak fikir part 'senggama' je, okay? Haha, okbai!

Sunday, January 15, 2012

"Aku mimpi lawan lipas beb!"

Salam!

Aku tak tau apesal minggu ni life aku dipenuhi dengan LIPAS! Aku bukan entomophobia. Aku terus terang, aku geli dengan lipas. Nak pulak tang kaki lipas yang banyak cakuk-cakuk macam bulu tu. Gila~ tapi aku geli takde sampai terMIMPI-MIMPI berlawan dengan lipas kan.....
Tapi disebabkan perkataan 'lipas' ni jugak la kita dapat share banyak benda yang lawak, dapat troll orang kat Twitter. Mimpi lu memang hebat! Bertuah gadis tersebut sebab lu selamatkan dia dari serangan lipas tu -_-" seriously... tragic! Nak buat short movie pasal tu tapi siapa yang nak jadi lipas tu? Haha!

Apa-apa hal, ada sedikit hiburan untuk korang dari Hani. Hopefully, korang enjoy. Daaa~


P/S: Disebabkan kejadian trolling kat Twitter jugak la aku bertambah a few friends yang gila happening! Thank you, guys!

Thursday, January 12, 2012

When ex turns out to be a psychotic

Most of couples will suffered into like this kinda situation. It's normal, maybe. But it will make you think like this: "argh, what the hell?" "f*ck-off!" "I just wanna befriend with you!" "please understand me" "bla bla bla"... Some of our ex's didn't think, or maybe they are too stupid to think to be a positive person. Why can't you just let it go and pretend to have a normal conversation?
I know it's hard but take your time, please! We don't need to be so rushing! You got your own things, and I got my own too. Maybe not today, maybe not tomorrow. Maybe after a month or a year, we will chat together again just like before, with a new relationship. Friendship, that'll better.

Come on, I'm 22-years old this year! Guys like you are older than me. You should be matured *in my situation, of course*! In a meantime, you should think what's right and what's wrong of our past relationship. So that we'll know, "I'm lack of this" "I'm too of that" "She didn't like I do like that to her" "He didn't want me to do like this".

Try to be positive. Don't condemn! Or you'll end-up like a psychotic ex just like... err~ whoever you have seen before :)

I have got no intentions to make your heart hurts. I just want you to chill. Think about your positive side in your life. Because I believe in faith that Allah gave to me. Relationship is a mere term nowadays. Single, married, divorced. Just a word. Nothing special! But deep inside your heart, you know what 'ship' you aboard. Only your heart knows.

P/S: Believe in faith if you want to be together. Not with emotions. Thank you to you, friends, for making my day!

Band Review: Ramona Azween - Akhir Kisah Kita

Salam semua!

Mungkin antara korang yang masih tak kenal siapa Ramona Azween. Siapa dia? Dia ni sebaris dengan artis-artis yang dah dikenali macam Yuna, Zee Avi, Najwa Latif.. yang menggunakan YouTube sebagai medan mereka untuk tunjuk bakat mereka dalam bidang muzik. Kalau dok nyanyi dalam bilik sorang memang takde siapa nak tau la kan.

So, aku nak promote Ramona dalam blog aku sempena single beliau bertajuk Akhir Kisah Kita yang akan di-release secara digital hari ini. Nanti aku info bila akan keluar single ni by CD (if aku dapat info la). Therefore, korang layan dulu single Akhir Kisah Kita yang direkod secara suka-suka oleh Ramona sendiri. Enjoy!


AKHIR KISAH KITA 
================
tak ku sangka semua 
yang kita lalui telah berakhir
sekelip mata.
hari-hari ku tak serupa
kerna yang tinggal 
hanya bayangan mu. 

yang menghantui ku
ke mana ku pergi
apa yang ku lihat 
hanyalah kamu. 

berakhir sudah kisah kita
berakhir sudah kisah cinta
walaupun sementara. 
kau pergi dan takkan kembali
sakit di hati ku tak terhenti 
berakhirlah kisah kita. 

janganlah kau bersedih
kerna ia telah terakhir
senyumlah kerna ia terjadi. 
menjadi satu memori
tentang kau dan aku
kisah cinta yang pernah berlaku. 


yang menghantui ku
ke mana ku pergi
apa yang ku lihat 
hanyalah kamu. 

berakhir sudah kisah kita
berakhir sudah kisah cinta
walaupun sementara. 
kau pergi dan takkan kembali 
sakit dihatiku tak terhenti 
kau tak akan mengerti. 

biarkanlah ia berakhir 
biarkan, biarkan ku sendiri 
menyatukan hati ku ini kembali. 

berakhir sudah kisah kita
berakhir sudah kisah cinta
walaupun sementara. 
kau pergi dan takkan kembali 
sakit dihatiku tak terhenti
berakhirlah kisah cinta 
berakhirlah kisah kita. 

Kalau korang nak jumpa Ramona face-to-face, leh la korang datang ke Geek Studio di Subang. Korang leh dapatkan info pasal rate hour, lokasi, dan kelengkapan studio kat sini >> http://www.facebook.com/GeekStudio

For more info about Ramona Azween:
Facebook >> http://www.facebook.com/RamonaAzweenFanPage
Twitter >> http://twitter.com/RamonaAzween
YouTube >> http://www.youtube.com/user/RamonaAzween

Monday, January 02, 2012

Novel Review: Kelabu by Nadia Khan

Salam dan selamat tahun baru 2012!

Sebagai permulaan tahun baru ni, akhirnya dapat gak habiskan novel ni setelah berhari-hari aku tak baca sebab nak enjoy keluar time cuti new year kemarin. Hehe! Jangan ditanya aku pergi ke mana. Alright, here we go! Bismillah...

Penulis: Nadia Khan
Halaman: 456 mukasurat
Harga: RM 24.90
Cetakan Pertama: Disember 2011
Sinopsis: Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci... lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.

Tengok dari sinopsis, aku tau ni mesti cerita pasal 'kaum aku' yang keliru dengan identiti sendiri. Maknanya apa? Pengkid, lesbian? Yup! Aku pernah bincangkan hal pengkid dalam blog aku, baru je dalam bulan lepas. Kalau korang nak baca, leh je klik >>SINI<<

**CERITA AKU**
Sebenarnya la kan bila baca novel ni, buat aku teringat kat sorang kawan aku. Jalan cerita dia hampir sama macam dalam novel ni. Aku dulu tak ada la sampai tahap pengkid, cuma pemakaian dan perangai aku je kasar macam laki. So aku memang banyak bergaul dengan golongan yang keliru dengan sex gender ni.

Okay aku ada sorang kawan pengkid, aku panggil dia Zack. Dulu dia memang pengkid tahap jantan level 99. Perempuan tengok mesti cair punya lah! Nak dijadikan cerita, aku yang dari kasar tiba-tiba rasa nak berubah jadi perempuan tahap ayu (kononnya). Zack dapat tau and dia pelik, kenapa aku nak berubah. So aku pun explain, this and that. Dah lama-lama tu, agaknya dia nampak perubahan positif aku, so dia pun bagitau aku yang dia pun nak berubah jugak.

Lepas setahun tak jumpa (sebab aku dah pun start study kat Shah Alam and dia kerja kat Melaka), kitorang pun pakat jumpa. Aku hampir tak kenal dia masa reunion tu sebab dia..... lawa! Rambut panjang, ada.... lelaki kat sebelah dia? 'Err.. abang dia kot.' Dia senyum kat aku. Ok la fine, layankan je. Dah habis sembang-sembang, sebelum nak balik, dia tahan aku. Kata ada benda nak bagi. And guess what? Invitation card! Err.. wedding card?! Tengok nama kat kad tu... Khairul dan... Zakiah?! Zakiah! Yup.. Zakiah.

And sampai sekarang, if cerita pasal pengkid ni jadi isu semasa dalam hidup aku, aku mesti teringat kat Zack, or better I should called her Zakiah. Alhamdulillah, sekarang dia dah ada hero kembar (yang hyper-active sampai aku rasa nak ketuk je bila degil diorang tu macam lahanat sangat!) dan upcoming heroin (harap bukan kembar and hyper-active macam abang-abang dia) haha! Glad to be a friend of yours, Zakiah.
*****

Okay, back to the novel. Aku suka dengan style penulis. Banyaknya monolog! Tapi aku suka :) sebab terlalu santai sampai aku rasa flow cerita dalam novel tu sendiri (congratulations Nadia Khan!). And... aku suka ending novel ni. Whether him.... or another him? So pilih la sendiri, and make your own ending!


This is Hani